Buletin

JUALAN MAZDA EROPAH MENINGKAT SEKALI GANDA

Mazda sekali lagi mencatat peningkatan jualan pada suku kedua tahun ini. Konglomerat dari Jepun itu merekodkan jualan 60,571 unit kenderaan di antara April hingga Jun tahun. Ia merupakan unjuran peningkatan sebanyak 25% secara keseluruhannya.

Mazda-CX5-diesel-emission-2016-mekanika (1)

Ia juga mencatat penguasaan pasaran kepada 1.4% dalam keseluruhan industri, naik  daripada 1.2% berbanding suku kedua tahun lalu.

Keseluruhan jualan ini didorong oleh peningkatan permintaan di pasaran Portugal (meningkat 163%), Sweden (+73%) Belgium (+71%), Itali (+67%), Perancis (+64%), Denmark (+53%), Finland (+49%) dan Poland (+39%). Peningkatan jualan juga signifikan di Jerman iaitu sebanyak 17%, UK 4% dan Spanyol 30%.

Mazda-CX-3-2015-Malaysia-mekanika (16)

Sebagaimana yang diketahui umum, pasaran terbesar Mazda pada hari ini datang dari rangkaian model SUV (46%) dengan Mazda CX-3 menjadi model paling laris Mazda di Eropah. Diikuti oleh CX-5 dan MX-5 Miata.

Lebih signifikan lagi, MX-5 Miata, roadster ikonik itu baru sahaja memasuki produksi ke-sejuta unit di Jepun pada April lalu.

Mazda Eropah pula melancarkan MX-5 RF (Retractable Fastback) yang didatangkan dengan bumbung targa pada acara Goodwood Festival of Speed di UK. Ia dijangka berada di pusat pameran pada awal 2017.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button