Artikel PilihanBuletin

HIBRID TANPA NADIR BUMI PERTAMA DI DUNIA: TAHNIAH HONDA!

Honda Motor Co berjaya menghasilkan kereta hybrid pertama tanpa menggunakan logam berat nadir bumi (heavy rare earth metals). Ini sekali gus menandakan berakhirnya kebergantungan bahan mentah itu dari China.

Honda-rare-earth-mekanika (1)

Kenderaan hibrid yang menggabungan enjin petrol dan motor elektrik nyata mendapat sambutan mendadak dari negara membangun. Namun sumber untuk mendapatkan bahan nadir seperti dysprosium dan terbium semakin mencabar.

Pada tahun 2010, China menghentikan sementara eksport bahan mentah itu berikutan krisis wilayah yang dihadapi oleh kedua-dua buah negara.

Pembuat kenderaan ketiga terbesar Jepun, Honda berkata motor baru yang dibangunkan oleh Daido Steel Co tidak mengandungi dysprosium dan terbium. Ia juga mengurangkan kos pembinaan magnet yang merupakan komponen utama dalam setiap motor.

New Honda Freed 2017 Interior Picture

Motor itu akan digunakan pada model Freed generasi baharu yang akan dijual di Jepun dan pasaran Asia lain.

Honda telah memulakan usaha mengurangkan penggunaan logam berat nadir bumi kira-kira 10 tahun yang lalu. Peningkatan mendadak harga bahan itu pada 2011 memuktamadkan keputusan kerjasama dengan Daido.

Jelas Honda lagi, teknologi itu bakal mengurangkan kos pengeluaran dan risiko ketidaktentuan harga bahan mentah tersebut di pasaran. Binaan motor baru itu  bagaimanapun masih menggunakan elemen logam ringan nadir bumi, neodymium yang boleh didapati dari Amerika Utara, Australia dan China.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button