
JUALAN MEGA MAZDA
Berita baik untuk anda yang merancang membeli kenderaan baharu! Sila kunjungi Karnival Mega Mazda di bilik pameran Mazda, Glenmarie, Shah Alam pada hujung minggu ini.
Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah dan baucar bonanza bernilai lebih RM300,000. Pihak Bermaz turut mempamerkan model Mazda2 SKYACTIV dengan kit badan Sports.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang memilih model Mazda2 SKYACTIV turut layak menerima penambahan kit badan sports secara percuma bernilai sehingga RM2,570.
Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti dan permainan yang dianjurkan oleh pihak Mazda di karnival tersebut.
Selain itu, pengunjung berpeluang memandu uji semua model baharu Mazda. Bermaz juga adamenawarkan kenderaan pra-milik untuk dijual. Harga jualan bermula RM65,000.
Harus tahu bahawa semua kenderaan berkenaan sudah melalui pemeriksaan sepenuhnya dan berada dalam keadaan baik. Bagi ketenangan minda pemilik, Bermaz menawarkan penyelenggaraan percuma dan jaminan sama dengan model baharu. Jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000 kilometer.
Jadi, tunggu apa lagi? Pastikan anda mengunjungi Mazda Mega Carnival pada 24 hingga 25 Oktober ini!