Motosikal

KAWASAKI NINJA ZX10R 2016 – 207HP!

Ninja ZX10R akan menjadi karya agung baharu Kawasaki selepas generasi Ninja H2R. Dari segi prestasi, Ninja ZX10R menawarkan kuasa sehingga 207hp!

Kawasaki- ZX106-2016-mekanika (2)

Baru sahaja didedahkan kepada umum di Sepanyol,  perubahan ke atas model perdana itu adalah hasil daripada kejayaan mereka di litar perlumbaan.

Walaupun secara zahirnya jentera itu dilihat seakan-akan sama dengan model sedia ada, tetapi versi 2016 sebenarnya telah menerima sentuhan daripada pasukan kilang WSB bersama bekas juara dunia Tom Sykes. Sykes memainkan peranan penting dalam pembangunan motosikal berkenaan.

Kawasaki- ZX106-2016-mekanika (4)

PERUBAHAN NINJA ZX10R 2016:-

Enjin: Bahagian enjin empat silinder sebaris itu masih menggunakan gerek  76mm dan lejang 55mm. Tetapi bahagian intake dan ekzos telah disemak semula. Piston yang ringan akan memampatkan udara dan bahan bakar dengan nisbah mampatan 13:1.

Bahagian kepala silinder dan engkol baharu menyumbang kepada pengurangan berat sebanyak 20 peratus. Intake kepala silinder lebih lurus dan besar bagi membolehkan jumlah campuran bahan api/udara yang banyak dapat mengalir mudah ke dalam kebuk pembakaran.

Kawasaki-ZX10R-2016-mekanika (1)

Piston baharu juga lebih pendek dan ringan bagi mendapatkan capaian rpm yang lebih tinggi. Sementara dinding silinder juga lebih tebal dan laluan sistem penyejukan telah disusun atur untuk mendapatkan sistem sejukan semula. Semua ini dilakukan bagi memenuhi regulasi Euro 4 yang ketat bagi aspek bunyi dan emisi.

Kotak udara kini dua liter lebih besar menjadi 10 liter yang menyalurkan jumlah udara enjin yang banyak untuk kecekapan yang  tinggi.  Semua itu disatukan bagi mendapatkan 207bhp @ 13,000rpm, dan tork 84ftlb @ 11,500rpm.

Kawasaki-ZX10R-2016-mekanika (4)

Ekzos:  Menggunakan kepala titanium yang sama saiz dengan motosikal perlumbaan. Kawasaki mengatakan peminat trek dan pelumba hanya perlu menggantikan bahagian ekzos  untuk mendapatkan sistem fokus trek sepenuhnya. Silencer juga kini  titanium – bukan keluli tahan karat.

Casis: Perubahan casis tidaklah besar seperti dilakukan pada enjin. Tetapi headstock kini diposisikan 7.5mm berdekatan penunggang bagi meletakkan lebih banyak berat pada roda depan. Ia untuk meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh.

Kawasaki-ZX10R-2016-mekanika (2)

Elektronik: ZX-10R menerima kawalan sistem baharu yang mana semuanya adalah daripada Bosch Inertial Measurement Unit (IMU) 5-axis bersama program kiraan yang mampu mengukur orientasi dan pergerakan motor.

Kawasaki juga menawarkan beberapa ciri lain seperti Sport-Kawasaki TRaction Control (S-KTRC), Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Intelligent Anti-lock Brake System (KIBS), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Kawasaki Engine Brake Control (KEBC).  Motosikal berkenaan juga didatangkan dengan redaman stereng Ohlins elektronik  dan seleksi mod berkuasa baharu.

Kawasaki-ZX10R-2016-mekanika 5 (1)

Swingarm: Kini 15.8mm lebih panjang berbanding sebelumnya. Ini membantu meletakkan berat lebih banyak di roda depan dan meningkatkan kestabilan ketika membrek dan mengambil selekoh.

Suspensi:  Bahagian suspensi depan dibangunkan bersama pasukan WSB dan Showa iaitu Showa  Balance Free Front Fork dan Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC). Suspensi ini pertama kalinya diaplikasikan pada motosikal pengeluaran.  Fork 43mm dikatakan menawarkan keselesaan tunggangan dan kestabilan membrek.

Kawasaki-ZX10R-2016-mekanika (3)

Brek: Kaliper depan kini dilengkapi dengan monoblok aluminium  Brembo M50 bersama disk berkembar 330mm. Diameter cakera berkenaan lebih lebar 20mm. Pada bahagian belakang didatangkan dengan cakera tunggal 220mm bersama kaliper piston.

Aerodinamik baharu:  Model ZX10R didatangkan dengan fairing yang dicadangkan oleh pasukan WSB bagi meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi dan aliran aerodinamik.  Peningkatan perlindungan angin didakwa membantu pelumba mengubah kedudukan dengan lebih mudah ketika membrek di selekoh kerana kurangnya rintangan angin.

Cermin depan kini disokong sepenuhnya oleh fairing dan tidak bergetar pada kelajuan tinggi. Intake pada bahagian tepi cermin mengurangkan tekanan udara negatif dalam kokpit untuk menstabilkan aliran udara. Mud guard depan direka baharu yang membantu udara terus ke radiator untuk meningkatkan aspek penyejukan.

Kawasaki-ZX10R-2016-mekanika 5 (2)

SPESIFIKASI:

Enjin:  998cc sejukkan cecair,  DOHC
Bore & Lejang 76.0 x 55.0mm
Nisbah Mampatan 13.0:1
Kuasa  207bhp @ 13,000rpm (with ram air effect)
Tork 84ftlb @ 11,500rpm
Rangka Twin spar, cast aluminium
Tayar Depan 120/70ZR17M/C (58W)
Tayar Belakang 190/55ZR17M/C (75W)
Jarak Roda 1440mm
Tinggi Pelana 835mm
Berat 206kg (dengan ABS)
Tangki 17liter

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button