BuletinModifikasi

HONDA NSX – INI BARU LEGEND!

Ini adalah jentera yang paling ditunggu-tunggu untuk abad ini. Honda NSX, kereta sports berprestij Honda telah melalui konsep akhir dan bakal menjadi produksi penuh tidak lama lagi.

Honda-NSX-2016-mekanika (6)

Khabar angin menyatakan ia akan dilancarkan pada hujung tahun ni. Lagenda NSX kini kembali dan pastinya ia satu persaingan cukup sengit di zaman moden bagi jurutera Jepun dalam arena kereta sport yang semakin suram.

Nissan mendahului pada tahun 2008 dengan GTR. Toyota kemudian mengeluarkan LFA. Kini tiba masanya Honda membuat kelahiran semula NSX. Ini adalah era moden di mana pengeluar cuba membuktikan yang mereka ada teknologi dan mampu hasilkan kereta sports kebanggaan masing-masing.

Honda-NSX-2016-mekanika (4)

Sebenarnya, jual kereta sports ni tak untung mana kalau dibandingkan dengan kos R&D yang dibuat selama bertahun-tahun.

Berbeza dengan NSX pertama pada tahun 1990, model baru NSX ini akan dikuasakan oleh sistem pacuan empat roda yang dikenali sebagai Sport Hybrid Super-Handling All-Wheel-Drive atau SH-AWD.

Honda-NSX-2016-mekanika (9)

Pacuan itu digandingkan dengan enjin pemasangan tengah (mid-engine) bersama tiga unit motor elektrik. Satu motor memacu roda belakang yang membantu pecutan, brek dan penukaran gear. Sementara dua lagi motor masing-masing memacu roda hadapan yang juga bertindak membahagikan tork sama rata di antara dua roda tersebut.

Sistem ini menghasilkan 550 kuasa kuda yang dipacu oleh transmisi klac berkembar sembilan kelajuan. Terdapat tiga mod pacuan iaitu Quiet (dijana motor elektrik sepenuhnya untuk tempoh tertentu), Sport dan Track.

Honda-NSX-2016-mekanika (2)

Chasis yang dibangunkan juga mengikut tradisi dahulu, diperbuat daripada aluminium dan besi regangan ultra tinggi. Ia dipasak pada lantai binaan gentian karbon yang cukup rigid mengikut bahagian pembangunan struktur.

Ia dikatakan dapat menghasilkan titik graviti paling rendah dalam kelasnya. Nak tambah lagi sedap, kereta itu dipasang suspensi jenis bebas dengan binaan semuanya aluminium. Breknya karbon-seramik dan semua pengendalian  dihubungkan dengan teknologi Agile Handling Asist (AHA).

Honda-NSX-2016-mekanika (5)

Produksi NSX hanya akan dibuat di kilang Performance Honda di Ohio. Tempahan sudah mula diambil tahun lalu dan ditutup tak lama kemudian kerana  permintaan yang terlalu tinggi. Honda dijangka membuka semula tempahan selepas musim panas nanti. Dengar kata, pemilik pertama akan dapat kereta pada hujung tahun ini.

Korang tak nak tempah ke?

Google ads
Back to top button