Buletin

JUALAN MOTOSIKAL DI JEPUN CATAT ANGKA TERENDAH PADA TAHUN 2019

Nampaknya jualan motosikal di pasaran Jepun terus menjunam tanpa ada tanda ia akan pulih. Menurut laporan Motorcycle Data, tahun 2019 mencatat angka jualan motosikal paling rendah di sana. 

Hanya 331,307 unit motosikal dijual melibatkan semua segmen dan sesaran enjinnya. Antara faktor yang menyumbang kepada situasi ini kejatuhan ketara jualan motosikal dengan kapasiti enjin bawah 50cc.

Sebagai contoh pada tahun 2015, segmen itu menjual 193,842 unit, sedangkan pada tahun 2019 hanya 132,086 unit, turun sekitar 60,000 unit motosikal. 

Segmen motosikal bersesaran 50cc ke atas pula menyaksikan pertumbuhan tidak menentu dengan kenaikan dan penurunan sekitar 20,000 unit sejak lima tahun lalu. Tetapi, jika segmen motosikal di bawah dan atas 50ccc diasingkan, jentera 50cc sebenarnya naik pada tahun 2019. 

Pada tahun 2015, sebanyak 178,854 motosikal bersesaran 50cc ke atas berjaya di jual dan naik menjadi 199,121 sepanjang tahun lepas. Situasi ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif ketika Jepun mula mengimplementasikan garis panduan emisi yang semakin ketat. 

Mei tahun lalu, Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki meramalkan motosikak 100cc ke bawah akan pupus dan digantikan oleh motosikal bersesaran 125 hingga 150cc. Sebelum ini, enjin dua lejang lebih ringan dan mudah dihasilkan. Tetapi ia tidak dapat mematuhi piawaian emisi berbanding enjin empat lejang. 

Malah, perkhidmatan perkongsian basikal dan populariti basikal elektrik terus mendapat sambutan di Jepun. Sekali gus menguasai pasaran motosikal berkapasiti kecil berkenaan. 

Google ads
Back to top button