Buletin

NORWAY HARAMKAN IKLAN ‘HIBRID CAJ SENDIRI’ TOYOTA. ANGGAP SEBAGAI MENGELIRUKAN

Secara sedar atau tidak, pengeluar kenderaan ada melancarkan kempen atau iklan yang kadang-kala mengelirukan pengguna. 

Toyota merupakan salah satu pengeluar yang aktif dalam menghasilkan kenderaan hibrid dan sel bahan api. Ia turut meletakkan sasaran untuk menjual kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2025. Bagaimanapun buat masa sekarang, bentuk kenderaan elektrifikasi Toyota lebih kepada model hibrid. 

Biarpun begitu, jenama premium Toyota, Lexus ada memulakan kempen untuk model hibrid di Norway pada tahun 2018 dengan dakwaan kenderaan mereka mampu ’mengecas sendiri’ dan menawarkan ‘jarak luar biasa’. 

Logik Toyota dalam membuat dakwaan sedemikian ialah enjin berfungsi mengecas semula pek bateri. Mereka mendakwa ia boleh dicas sendiri tanpa memerlukan sebarang plug dan dilihat lebih mudah berbanding kereta elektrik. 

Tetapi, Toyota tidak menjelaskan bahawa pengguna perlu pergi ke stesen minyak dan membayar kos bahan api tersebut. Iklan itu akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa Norway yang mengakui iklan itu mengelirukan pengguna. 

“Pihak Berkuasa Pengguna Norway (CSA) berpendapat untuk membayangkan yang kuasa bateri hibrid adalah percuma, sedangkan tenaga elektrik itu dijana oleh enjin kereta memang mengelirukan.

“Jadi, kami berasakan bahawa amalan pemasaran ini melanggar Seksyen 7 kerana pelanggan mungkin membuat keputusan yang kurang tepat,” katanya dakam satu kenyataan rasmi. 

Akibatnya, Toyota tidak lagi dibenarkan menggunakan kempen pemasaran ini di Norway dan perlu menjawab pertanyaan daripada CSA. 

Google ads
Back to top button