Buletin

WALAUPUN BAHT NAIK, TOYOTA AKAN KEKAL DI THAILAND

Toyota Motor Thailand mengakui bahawa kenaikan nilai matawang baht memberi kesan kepadanya serta menjangka eksport kereta dan alat ganti bagi tahun 2020 adalah negatif. 

Biaroun begittu, Toyota menegaskan ia tidak akan memindahkan produksi ke negara lain. Ini berikutan  kemudahan pengilangan di Thailand telah berkembang ke tahap untuk menjadi hab jualan pasaran tempatan dan eksport. 

Presidennya, Michinobu Sugata memberitahu matawang baht mulai kukuh sejak awal tahun 2018, sekali gus memberi impak ke atas nila penghantaran Toyota kerana ia menggunakan dolar Amerika sebagai pertukaran matawang asing utama. 

“Toyota cuba untuk meningkatkan kecekapan produksi di tiga buah kilangnua di Thailand dan mengurangkan kos operasi. Tetapi langkah itu tidak dapat menambah baik peratus margin akibat nilai baht yang kukuh. Keupayaan kebolehsaingan Toyota di Thailand menurun berbanding operasi di negara-negara lain,” kata Sugata. 

Sugata juga menyatakan tahun 2020 cukup mencabar buat Toyota dalam usaha mengekalkan Thailand sebagai hab produksi pentingnya. Tahun 2019 menyaksikan eksport keseluduhan Toyota mencecah 264,777 unit, jatuh 10 peratus berbanding tahun sebelumnya. Harus tahu, ini merupakan kejatuhan eksport untuk lima tahun berturut-turut. 

Angka tersebut membuatkan Toyota jatuh dar kedudukan teratas ke tempat kedua. Situasi itu dikatakan berlaku kerana kemelesetan ekonomi di pasaran Oceania, Amerika Tengah dan Selatan.  Bagi tahun 2020, Toyota mensasarkan eksport sebanyak 263,000 unit, kurang sedikit berbanding 2019. 

Untuk jualan di pasaran Thailand pula, Toyita mencatatkan kenaikan 5.5 peratus kepada 332,380 unit, naik daripada tahun sebelumnya. Toyota menguasai 33 peratus pasaran pada tahun lepas, naik 2.8 peratus berbanding 2018. 

Google ads
Back to top button