Buletin

KERETA API LAJU INDONESIA MULA OPERASI TAHUN DEPAN

Kereta api laju yang menjadi mercu baharu pengangkutan moden di Pulau Jawa, Indonesia dijangka mula beroperasi tahun depan.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dalam cicipan di twitter [email protected] berkata pembangunan projek kereta api laju dari Jakarta ke Bandung itu kini telah mencapai 73 peratus dan dijangka beroperasi pada akhir tahun 2022.

Projek yang dibangunkan syarikat PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) bermula 2019 itu melibatkan kos sebanyak AS$6.071 bilion atau sekitar Rp 88.4 triliun dan bakal menjadi projek kereta api laju pertama di Asia Tenggara.

“Rangkaian KCJB (kereta api cepat Jakarta-Bandung) bermula dari stesen Halim di Jakarta dan berakhir di Stesen Teggaluar, Bandung dengan jarak 142.3 km dan tempoh perjalanan 46 minit,” tweet Jokowi.

Jokowi yang dipetik media tempatan berkata projek kereta api laju fasa kedua yang menghubungkan Jakarta ke Surabaya sejauh 700 km dijangka siap pada 2025. – Bernama

Google ads
Back to top button