,
Motosikal

YAMAHA LANCAR NMAX 155 2020 DI INDONESIA. 2 VARIAN, KETERSAMBUNGAN Y-CONNECT

Selepas lima tahun berada di pasaran, Yamaha Indonesia melancarkan skuter popularnya NMAX 155.

Pelancaran itu dilakukan oleh pelumba pasukan Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dan pelumba WSBK, Michael van der Mark di JIExpo Kemayoran, Jakarta.

PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) menyifatkan konsep NMAX 155 2020 sebagai “Connected”. Selari dengan tema Enter the New Stage, skuter itu sememangnya jauh lebih canggih berbanding model sebelumnya.  

NMAX 155 2020 didatangkan dalam dua varian iaitu Connected/ABS dan Standard. Harganya bagaimanapun tidak diumumkan lagi kerana ia hanya akan dijual secara rasmi mulai tahun depan.

Harus tahu bahawa ciri ketersambungan pada NMAX 155 dengan telefon pintar adalah yang pertama seumpamanya di pasaran Indonesia (model CKD tempatan).  

Jentera itu hadir dengan teknologi Comunication Control Unit (CCU) yang disambung dengan aplikasi Y-Connect (Yamaha Motorcycle Connect) menerusi Bluetooth.

Teknologi CCU adalah seperti berikut:

1. Parking Location
Aplikasi Y-Connect akan mengenal pasti lokasi terakhir motor diparkir atau unpair dengan telefon pintar.  

2. Phone & Message Notification
Notifikasi akan dipaparkan pada skrin speedometer jika ada panggilan atau mesej/email masuk ke telefon pintar.  

3. Recommended Maintenance (Engine Oil & Battery)
Membantu pengguna mengetahui kondisi minyak enjin dan voltaj bateri, sebelum memberi cadangan bilakah masa sesuai untuk diservis.

4. Fuel Consumption
Membantu pengguna menganalisa penggunaan bahan api ketika menunggang.

5. Malfunction Notification
Memberikan notifikasi melalui emel jika motosikal mengalami kerosakan.

Dari segi rekaan luaran, skuter itu hadir dengan beberapa perubahan seperti lampu utama nipis bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED. Harus tahu bahawa seluruh panel badannya itu adalah baharu.

Rekaan lampu LED belakang juga kelihatan seperti model lebih besar, XMAX.

NMAX masih menggunakan enjin satu silinder SOHC VVA dengan sistem pancitan bahan api berkuasa 14.9hp dan tork 14.4Nm.

Untuk menjadikannya lebih menarik dan canggih, NMAX 155 dilengkapi ciri seperti sistem Start Stop, Smart Motor Generator, Kawalan Cengkaman, brek ABS, port USB dan panel meter digital.  

Tags
Google ads
Back to top button