Buletin

KASTAM INDONESIA LELONG 2 UNIT NISSAN SKYLINE GT-R. HARGA BAWAH 70K

Pada tahun lalu, Kastam Kepulauan Batam Indonesia melelong dua unit jentera legenda Nissan Skyline GTR R33 dan Nissan Skyline GTR R34.

Lapor portal autofun, dua jentera terbabit dilelong pada bulan Oktober tahun lalu tersebut dengan harga di bawah pasaran.

Melalui gambar dikeluarkan pihak Kastam, kedua-dua kenderaan yang mendapat sentuhan warna putih itu masih dalam keadaan sangat baik.

Ia dipadankan bodykit Nismo menyerlahkan lagi sisi garang jentera Skyline berkenaan.

Selain itu, bahagian nombor casis pula tertera E-BCNR-043403 yang merupakan identiti kod badan R33 sekali gus membuktikan ia adalah asli.

Nissan Skyline R33 mendapat khidmat enjin RB26DETT yang mampu menjana kuasa mencecah 280 PS dan tork 353 Nm.

Mengintai bahagian dalaman pula, jentera itu hadir dengan kerusi sport BRIDE.

Jentera R34 dibikin pada tahun 2000 yang ingin dilelong tersebut pula cukup sinonim dengan filem Fast and Furious didatangkan dengan warna putih.

Ia turut memaparkan nombor BNR34-400936 yang memberi indikasi kod badan generasi R34.

Jentera R33 dikatakan akan dilelong pada harga permulaan Rp190 juta (RM57,249) manakala R34 pula ditawarkan pada Rp212 juta (RM63,956).

Agaknya, siapa yang dapat memiliki dua jentera berkenaan pada harga sangat murah. Ia berikutan lelongan dilakukan pada tahun lalu.

Justeru, agak sukar mengenal pasti pemilik bertuah dua jentera legend dengan harga berbaloi itu- autofun

Google ads
Back to top button