Buletin

INI NISSAN Z NISMO, KERETA LUMBA UNTUK 24 JAM FUJI!

Sudah menjadi tradisi bagi pengeluar kenderaan ternama Jepun untuk bersaing di dalam perlumbaan. Di antara nama besar yang konsisten berlumba ialah Toyota, Honda dan Nissan. 

Pada Jun depan akan berlangsung perlumbaan 24 jam di Fuji dengan Nissan dan Nismo telah mengumumkan penyertaan menggunakan jentera Nissan Z.

Perlumbaan tersebut adalah pusingan kedua Siri Super Taikyu dan Nissan Z bakal digunakan Nismo dan pasukan persendirian Max Racing.

Apa yang menarik ialah kedua-dua kereta akan berlumba di dalam kategori ST-Q Super Taikyu yang merupakan kategori khas.

Kategori ST-Q adalah untuk kenderaan pembangunan dan turut disertai Toyota Corolla Sport hatchback dengan enjin pembakaran hidrogen pada tahun 2021.

Nismo akan mengumpul data daripada perlumbaan ini dan mahu membangunkan versi kereta lumba yang sesuai untuk Z dan juga mengapa ada dua buah Z dipertandingkan.

Dari segi spesikasi, Z ini nampak lebih ringkas berbanding kereta lumba Z yang digunakan di dalam kelas GT500 Super GT Jepun.

Tiada kit badan lebar dan juga spoiler tinggi dan unit ini nampak hampir sama seperti Z standard.

Dari gambar kita boleh melihat bukaan udara pada bonet, rangka keselamatan, spoiler ringkas dan brek cakera yang lebih besar berbanding Z standard.

Pakej enjin dan transmisi juga belum dikongsikan.

Nissan Z telah dilancarkan Z di Amerika Syarikat dan Jepun dengan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar dan pilihan sembilan kelajuan automatik atau enam kelajuan manual.

Enjin itu berkuasa 400 hp pada 6,400 rpm dan tork 475 Nm dari 1,600 rpm hingga 5,600 rpm.

BACA: NISSAN ALMERA 2022 DIPERKENAL DI THAILAND, BUMBUNG HITAM ENJIN KEKAL 1.0L TURBO

BACA: NISMO LANCAR KIT NAIKTARAF EKZOS UNTUK NISSAN Z 2023

BACA: : NISSAN BAWA GT-R T-SPEC KE THAI, SEMUA HABIS! GT-R R35 PUN SAMA!

Google ads
Back to top button