Buletin

KASUT LASAK KLIM ADVENTURE GTX. SESUAI UNTUK RIDE, HIKING, KEGUNAAN HARIAN

Jika anda ingin kelihatan bergaya ketika menunggang motosikal, sudah pasti tidak lengkap tanpa kasut sesuai dipadankan dengan jentera.

Selain bergaya, aspek keselamatan dan perlindungan optimum perlu diambil kira terutama ketika menunggang motosikal di jalan raya.

Dalam pasaran hari ini, terdapat banyak pilihan but motosikal yang menawarkan perlindungan termasuk rekaan penuh bergaya menyerlahkan lagi ketampanan si penunggang.

Bagaimanapun, bukan semua but yang terdapat di pasaran menawarkan fleksibiliti dan penggunaan bersesuaian dengan pelbagai situasi.

Sebagai contoh, penunggang pengembaraan mungkin berdepan kesukaran memakai but motosikal sepanjang perjalanan mereka.

Justeru, pengenalan but KLIM Adventure GTX mungkin dapat memberi pilihan kepada para penunggang di luar sana.

Apa yang menarik tentang kasut terbaharu ini, ia bukan sahaja bersesuaian digunakan untuk penunggang motosikal tetapi bagi penggemar hiking dan kegunaan harian.

Didatangkan dengan rekaan menarik dan selesa digunakan di mana-mana sahaja.

Bahagian tapak kasut terbaharu ini diperbuat daripada getah Michelin dan didatangkan bersama GORE-TEX kalis air.

Selain itu, Adventure  GTX menggunakan Velcro dan dilengkapi buckle di bahagian pergelangan kaki yang dibangunkan pengeluar bagi memudahkan pergerakan dan sokongan apabila melalui permukaan mencabar.

Di bahagian dalam pula, terdapat perlindungan sekiranya berlaku kemalangan ataupun hentakan kuat serta cuaca tidak menentu.

KLIM Adventure  GTX akan dijual pada harga AS$449.99 (RM1,866) Рautoevolution

Google ads
Back to top button