
BURUAN FABIO QUARTARARO REBUT KEJUARAAN MOTOGP TERBANTUT
Pelumba Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo menerima tamparan hebat dalam memburu kejuaraan sulung MotoGP Dunia musim ini selepas hanya menduduki tempat ke-18 daripada 20 pelumba pada Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol.
Pelumba Perancis berusia 21 tahun yang memulakan saingan di petak utama bergelut dengan masalah tayar selain terbabas dalam sesi kelayakan akhirnya menamatkan saingan dengan catatan masa 42 minit 15.889 saat.
Rakan sepasukan Franco Morbidelli dari Itali menduduki tangga keenam dengan catatan masa 41:59.147s.
Keputusan hari ini menyaksikan Quartararo terpaksa menduduki tangga kedua keseluruhan MotoGP Dunia kepada pendahulu Joan Mir daripada pasukan Suzuki Ecstar yang menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan catatan masa 41:57.035s.
Pelumba Sepanyol itu mendahului buruan gelaran juara dunia dengan mengumpul 121 mata dan 115 mata oleh Quartararo.
Rakan senegara Mir, Alex Rins merangkul gelaran sulung musim ini apabila mencatatkan masa 41:54.391s manakala seorang lagi pelumba Sepanyol Alex Marquez menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.263s pada perlumbaan 23 pusingan itu.
Perlumbaan ke-12 akan diteruskan di litar sama iaitu GP Teruel dari 23 hingga 25 ini. – Bernama
- BACA: MOTOGP CATALUNYA 2020: QUARTARARO JUARA. SUZUKI CATAT KEMENANGAN 2-3 DALAM TEMPOH 13 TAHUN
- BACA: MOTOGP MISANO 2020: MORBIDELLI JUARA. BAGNAIA BUAT KEJUTAN. ROSSI KENA POTONG TANG KONAR
- BACA: KTM TECH3 CATAT KEMENANGAN PERTAMA SELEPAS 20 TAHUN DI KELAS PREMIER MOTOGP
- BACA: PENUH DRAMA, DOVIZIOSO JUARAI MOTOGP AUSTRIA