Artikel Pilihan

KEN BLOCK : DARI TAUKE KASUT, GYMKHANA DAN SENSASI INTERNET

Siapa mamat Ken Block ni? Kalau tanya budak-budak main skateboard kalau tak kenal pun mesti dah pernah tengok produk-produk yang dihasilkannya macam kasut dan pakaian rekaannya. Bagi penggemar sukan bermotor pula terutamanya peminat sukan rali tak sah kalau tak kenal lelaki yang berasal dari California ni. Video-video Gymkhana beliau hingga kini sudah mencapai hampir 200-juta tontonan di YouTube.

Sensasi beliau bermula pada 2008 apabila video yang dinamakan Gymkhana Practise yang dibuat secara suka-suka bagi menghilangkan rasa jemu pasukan beliau setelah acara Gymkhana di yang patut diadakan di California Selatan telah dibatalkan. Video beliau memandu Subaru Impreza STi yang berdurasi 4:25 minit itu telah mencetuskan satu fenomena yang mana dalam masa beberapa minggu sahaja ia telah mencapai 11-juta tontonan.

Untuk ini, ada yang menganggap Block telah memberi maksud sebenar sukan Gymkhana iaitu aksi stunt di tempat terbuka dengan gerakan pantas melalui laluan berhalangan, selekoh 180-darjah, 360-darjah, teknik membrek dan aksi drift serta beberapa lagi gerakan yang patut ada dalam disiplin Gymkhana.

Kalau nak tahu Block merupakan salah seorang pengasas yang merekabentuk jenama kasut DC Shoes. Jenama ini kemudiannya ini dijual kepada Quicksilver pada 2003. Beliau yang kaya kemudiannya bertambah kaya. Bila dah kaya nak buat apa lagi? Goyang kaki? Tidak, Block meneruskan kerjaya Rali-nya hingga ke peringkat tertinggi iaitu di WRC.

Dilihat sebagai ‘lewat’ apabila memulakan kerjaya motorsport-nya iaitu pada usia 37-tahun (sekarang dah berumur 50-tahun), beliau mengetepikan faktor usia untuk terus aktif dalam sukan bermotor yang menjadi impiannya sejak dari kecil.
Block kini dianggap sebagai ikon yang mewakili sukan bermotor Amerika. Maka tidak hairanlah syarikat automotif gergasi Amerika iaitu Ford menaja beliau dari segi penggunaan kereta-kereta sama ada dalam kejohanan Rali ataupun untuk kegunaan dalam siri-siri video Gymkhana beliau. Fiesta dengan 600hp atau Mustang oldskool, aksi Block memang mengujakan.

Trivia :
1. Terlibat secara langsung dalam memberi input personal terhadap proses pembinaan model baru Ford Focus RS pada 2015.
2. Video Gymkhana 7 merupakan video berdurasi terpanjang iaitu lebih 12-minit.
3. Terlibat dalam beberapa siri permainan video seperti Dirt, Need For Speed dan Drift Revolution.
4. Nombor pengenalan adalah ’43’.
5. Dianugerahkan ‘Rookie of the Year’ oleh Persatuan Rali Amerika pada 2005.
6. Ken Block kini dianggarkan bernilai 200-juta dollar.

Terdapat kontroversi mengatakan ada cubaan mempatenkan istilah ‘Gymkhana’ yang mana pihak lain tidak boleh menggunakan istilah ini dan ia esklusif untuk siri-siri video Block. Gosip yang belum disahkan tapi hangat di forum-forum cyber.

Setelah meninggalkan DC Shoes, Block kini aktif bersama Hoonigan Industries sebagai salah seorang pengasas bersama. Syarikat yang mengkhusus dalam rekaan pakaian untuk para penggemar sukan bermotor. Block kini mengetuai bahagian motorsport.

Di sini kami belanja siri ke-10 video Gymkhana beliau yang dinamakan Terrakhana..

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button