Buletin

KAWASAKI NINJA 7 HEV DIPERKENALKAN DI EROPAH – JANA 58.3HP, HARGA MASIH RAHSIA

Selepas tampil sebagai prototaip di EICMA 2022, Kawasaki baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan jentera baharunya iaitu Ninja 7 HEV (hibrid) untuk pasaran Eropah.

Menurut Kawasaki, maklumat harga akan didedahkan tidak lama lagi dan mengesahkan Ninja HEV 2024 hanya tersedia di pengedar Eropah serta UK pada April 2024.

Tampil sporty, jentera ni merupakan motosikal hibrid yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) jenis parallel-twin 451cc bersama motor elektrik 9kW, dikuasakan pek bateri 48-volt.

Ia berupaya menghamburkan kuasa 58.3hp dan boleh menghasilkan sehingga 68.5 sekiranya mengaktifkan fungsi e-boost.

Untuk rekod, nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan tanpa klac.

Antara perincian lain untuk Kawasaki Ninja 7 HEV ini termasuklah dilengkapi Idle Stop Function, Automatic Launch Position Finder, Walk Mode, skrin TFT berwarna penuh serta mempunyai empat mod tunggangan iaitu EV, Eco Hybrid serta Sport Hybrid.

Selain itu, ia diserlahkan lagi melalui rim seperti yang terdapat pada Ninja 400 dan dibalut dengan tayar Dunlop Sportmax Q5A tubeless bersaiz 120/70ZR17 (hadapan) serta 160/60ZR17 (belakang).

GALERI:

Google ads
Back to top button