Buletin

PROTON S50 ADALAH KELAHIRAN SEMULA PROTON PERSONA, SAGA

Kereta popular pilihan rakyat Malaysia, Proton Saga, dikhabarkan bakal diintegrasikan ke dalam satu model dengan Persona.

Sekiranya Proton mengambil langkah tersebut, bermakna pengeluar kereta nasional itu akan mempunyai sebuah kereta sahaja yang diletakkan pada harga sekitar RM65,000.

Namun, sesuai jangkaan, model baharu itu bagaimanapun dijangka bakal diberikan tanda harga RM80,000 dan tempahan akan dibuka pada penghujung Oktober atau awal November ini.

Untuk rekod, Saga hanya menyediakan enjin 1.3 NA dan dilengkapi kotak gear CVT tetapi Saga facelift 2019 menawarkan kotak gear 4AT.

Sejak pelancaran Saga facelift pada 2019, Proton berjaya memperolehi purata volum jualan bulanan sekitar 5,000-6,000 kenderaan.

Terdahulu, laporan menyatakan bahawa pengeluaran Persona akan dihentikan dan digantikan dengan Proton SS11 atau dikenali sebagai Proton S50.

Tambahnya lagi, SS11 hanya menyediakan enjin pengecas turbo 1.5L MPI dan TGDI, tetapi akan menambah pilihan enjin 1.5L aspirasi semula jadi di masa hadapan.

Sebelum ini, Mekanika juga menyiarkan artikel mengenai pengganti kepada Proton Persona iaitu SS11.

Model sedan baharu itu adalah berdasarkan Geely Emgrand dan mempunyai dimensi 4,638mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,460mm (tinggi). Secara keseluruhan, ia lebih besar berbanding Proton Preve.

Untuk bahagian dalam kabin, ia berkemungkinan menerima rekaan seakan Proton X50, dimuatkan skrin bersaiz 10.25-inci pada papan pemuka yang menyokong GKUI Smart Ecosystem selain dilengkapi meter digital 12.3-inci.

Geely Emgrand di pasaran China ditawarkan dengan enjin 1.5 liter NA yang mampu menjana kuasa 114hp dan 147Nm tork serta dipadankan bersama transmisi CVT. – Automachi

Google ads
Back to top button