Selepas diperkenalkan di Thailand, kini Indonesia menjadi negara Asia Tenggara kedua menerima kehadiran Kawasaki Ninja ZX-4RR.
Walau bagaimanapun, menurut laporan hanya 40 unit tersedia di pasaran negara Republik itu.
Kawasaki Ninja ZX-4RR didatangkan bersama panel meter LCD berwarna 4.3 inci dengan ketersambungan aplikasi Kawasaki Rideology.
Jentera ini mempunyai empat mod tunggangan iaitu Sport, Road, Rain dan Rider selain menampilkan cakera brek berkembar 290mm (depan) serta 220m (belakang), dipadankan dengan kaliper brek jejari 4-pot depan dan 2-pot belakang.
Perincian lain termasuklah dibekalkan dengan tangki berkapasiti 15L, penghadang angin gelap dan sistem ‘quickshifter’, fork hadapan Showa SFF-BP 37mm boleh laras serta ‘monoshock’ Showa BFRC Lite.
Dari segi ketinggian, Kawasaki Ninja ZX-4RR hadir dengan ketinggian tempat duduk 800mm, sementara jarak tanah 135mm.
Beralih kepada kuasa, Kawasaki Ninja ZX-4RR dipacu oleh enjin 399cc 4-lejang DOHC dengan penyejukan cecair, menghasilkan 79.1Hp, dengan ‘had putaran’ 15,000rpm.
Kuasa enjin disalurkan melalui tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.
Harga? Jentera baharu dari Kawasaki ini dijual pada harga INR239.9 juta (RM70,000) di pasaran Indonesia, iaitu dua kali ganda lebih mahal berbanding Ninja ZX-25R.
GALERI:
- BACA: KAWASAKI PATENKAN NAMA UNTUK PROJEK MOTOSIKAL HIDROGEN – MAKIN CANGGIH DUNIA SEKARANG
- BACA: BIMS 2023: KAWASAKI NINJA ZX-4R, ENJIN 4 SILINDER SEBARIS, 73HP, BERMULA RM41K
- BACA: KAWASAKI DEDAH ZX-10R DAN ZX-10RR 2023 DIDATANGKAN DENGAN VARIABLE AIR INTAKE
- BACA: MOTOSIKAL ELEKTRIK KAWASAKI BAKAL BERADA DI PASARAN TAHUN 2023