BuletinMotosikal

KAWASAKI PANGGIL SEMULA (RECALL) Z-125 AKIBAT MASALAH ECU

Sejak diperkenalkan pada 2015, Kawasaki Z125, motosikal fun bike kecil ini mencetuskan pasaran baru dan dilihat sebagai perintis kepada idea yang melahirkan Honda MSX.

Motosikal fun bike kini menjadi trend di negara maju seperti Amerika dan walaupun tidak popular di Malaysia, ia adalah pasaran yang bagus di negara seperti Thailand dan Indonesia. Dengan rekaan yang minimalis, Z125 Pro digemari kerana pengendaliannya yang mudah.

BACA: KAWASAKI Z125 PRO DILANCARKAN RM9.9K

Baru-baru ini Badan Keselamatan Jalan Raya Amerika (NHTSA) mengeluarkan perintah panggilan semula (recall) pada model Z125 Pro & Z125 Pro SE – KRT Edition. Menerusi siasatan mereka, motosikal ini mempunyai masalah komputer utama (ECU) yang boleh menyebabkan enjin mati secara tiba-tiba.

Kawasaki menjelaskan masalah ini lazimnya berlaku ketika pendikit ditutup atau ketika hendak berhenti. Respon dari pendikit hilang tiba-tiba tanpa amaran.

Dianggarkan sebanyak 9.914 unit Kawasaki Z125 Pro keluaran tahun 2017-2018 terlibat dengan masalah ini. Pemilik diminta datang terus ke pengedar Kawasaki untuk digantikan dengan ECU yang baru tanpa sebarang bayaran.

Sementara itu di Malaysia, kami sedang menunggu respon rasmi dari Kawasaki Malaysia tentang recall ini. Sebaik mendapat maklumat, kami akan maklumkan kepada anda semua.

Tahun lepas, Kawasaki Amerika juga telah membuat panggilan semula terhadap model ini akibat masalah suspensi belakang.

 

Google ads
Back to top button