BuletinMotosikal

KEDAI BENELLI PERTAMA DI SELANGOR DILANCARKAN

Benelli melancarkan kedai eksklusif Benelli yang pertama bernama BEST-Shop di Selangor dan keempat di negara pada hari ini oleh pengedar sah Kedai Motorsikal Tenaga Sdn Bhd.


Benelli BEST-Shop Kajang terletak di No.2, Jalan Hentian 2, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor. Bilik pameran yang baru diubahsuai ini mempunyai galeri motosikal untuk mempamerkan rangkaian motosikal Benelli, pusat servis yang serba canggih, aksesori dan alat ganti yang tulen.

Jenama Benelli telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia sejak pelancaran beberapa model yang permintaan popular iaitu super cub RFS 150i, motosikal touring TRK 502 dan Leoncino yang berkonsep klasik.

Dengan adanya permintaan ini, pusat pameran eksklusif dan pusat servis di negeri Selangor akan memastikan semua pemilik Benelli dapat menikmati pengalaman pengguna yang terbaik. ", Kata En. Asri Ahmad, Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

Benelli Malaysia baru-baru ini telah dipilih dan dilantik sebagai Pusat Ujian Jalan tunggal di Asia Tenggara oleh Benelli Global. Oleh itu, semua model motosikal baru Benelli akan diuji di Malaysia sebelum dilancarkan di negara-negara ASEAN yang lain.

“Pada tahun 2017 Benelli Malaysia menerima anugerah bagi pencapaian terbaik untuk kategori jualan global, pengurusan jualan rangkaian pelancaran produk. Kami yakin untuk mencapai kejayaan yang sama pada tahun ini dan juga untuk kategori perkhidmatan selepas
jualan pada tahun 2018,” tambah En. Asri Ahmad.

BACA: BENELLI X302, PENCABAR VERSYS X-250

Bersempena dengan pembukaan baru ini, BEST-Shop Kajang menawarkan diskaun 20% untuk pembelian aksesori, cenderahati dan alat ganti terpilih dari 21-22 Julai 2018.

Pemilik Benelli juga akan menikmati pemeriksaan motosikal percuma melalui kempen servis selama 2 hari ini.

The BEST-Shop Kajang beroperasi dari 9 pagi – 7 malam dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi – 6 petang pada hari Sabtu dan ditutup pada hari Ahad.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi BEST-Shop Kajang di Tel 03-8737 2161, Fax 03-8741 0891 atau log masuk ke laman web rasmi Benelli di https://malaysia.benelli.com/ atau laman Facebook di http: // fb. com /malaysia.benelli

Google ads
Back to top button