Buletin

FORD FOCUS KEN BLOCK MUSNAH TERUK DALAM KEMALANGAN PERLUMBAAN RALI

Ini insiden terbaru yang menimpa selebriti permotoran Ken Block. Beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu pusingan New England Forest Rally di Maine.

Ini bukanlah kali pertama Ken Block terlibat dalam kemalangan. Namun kali, ini kemalangannya teruk sehingga memusnahkan secara total kereta beliau yang Ford RS Cosworth yang dianggarkan bernilai hampir RM4 juta itu.

Kejadian itu berlaku ketika Block terlanggar benjolan batu pada selekoh sebelah kiri. Ia telah menyebabkan Ford Escort tersebut melambung ke udara dan berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke kawasan berpokok.

BACA: AKSI KEN BLOCK PALING GILA

Imej dari kamera helmet beliau menunjukkan kereta tersebut terbakar sejurus selepas beliau keluar. Block dan pemandu arahnya Alex Gelsomino kelihatan bergegas keluar sebelum kereta tersebut musnah sepenuhnya dijilat api.

Block dan Gelsomino bernasib baik kerana tidak terlibat dalam sebarang kecederaan.

Kemusnahan kereta tersebut merupakan kehilangan besar. Ford Escort RS COsworth tersebut merupakan model 1991 yang telah dibina mengikut spesifikasi perlumbaan WRC Kumpulan A. Ia adalah antara kereta yang paling menonjol dalam WRC selain sebuah lagi RS200 Evolution.

Google ads
Back to top button