
KEI TRUCK POPULAR DALAM KALANGAN PETANI DI AMERIKA. HARGA CUMA RM8.9K SAHAJA
Kei truck bukan sahaja tampil comel tetapi ia juga sangat popular terutamanya di kawasan luar bandar kerana ciri trak itu sendiri selain faktor harga.
Di North Carolina, seorang petani, Jake Morgan mengatakan bahawa dia membeli sebuah Honda Acty (tahun 1997) pada harga AS$2,000 (RM8,922) sahaja.
“Pada mulanya saya mencari jenama John Deere tetapi ia dijual dengan harga sehingga AS$30,000 (RM133,830),” katanya.

“Honda Acty bukan sahaja murah. Saiznya yang kecil bermakna ia boleh dipandu ke dalam kandang atau tempat lain. Trak ini sangat berguna,” jelasnya.
Sememangnya Morgan bukan satu-satunya peminat Kei truck berusia 25 tahun ke atas. Salah seorang pemilik HVNY Imports di New York, Todd Gatto, berkata firmanya berjaya menjual lebih daripada 300 kei truck sejak beberapa tahun lalu.
“Kami hanya membeli lima buah sebagai permulaan, dan kami menjual semuanya dalam masa tujuh hari,” jelas Todd Gatto.
Dia telah menjual Kei truck kepada pelanggan yang berbeza seperti petani, kontraktor, peniaga kedai makan dan Legoland.
Walau bagaimanapun, kei truck tetap mempunyai kelemahan. Beberapa model Kei truck tidak didatangkan bersama beg udara.
Maka dengan itu, ia sukar untuk dipandu di jalan raya di A.S. kerana Kei truck dibina serta disesuaikan untuk jalan raya Jepun. Namun, sebagai permulaan, Kei truck adalah pelaburan terbaik terutamanya di kawasan luar bandar.
- BACA: KEI CAR MASIH JADI PILIHAN RAKYAT JEPUN – CATAT JUALAN 1.17 JUTA UNIT PADA 2022. HONDA N-BOX PALING POPULAR
- BACA: TOKYO AUTO SALON 2023 – MITSUBISHI PAMER BARISAN KERETA KEI, SUV ECLIPCE CROSS DAN OUTLANDER
- BACA: KEI CAR TANTO FUNCROSS, SEDIA MENGUASAI JALAN RAYA DI BANDAR
- BACA: SUZUKI ALTO LAPIN LC – KEI CAR COMEL & KLASIK!


