
TEMPAHAN TURUN 50 PERATUS, VOLKSWAGEN MASIH PERCAYA STRATEGI EV
Volkswagen baru-baru ini mendedahkan bahawa ia sedang berusaha untuk mengurangkan kos dan mengekalkan harga kenderaan elektriknya.
Menurut laporan, pembuat kereta Jerman itu menyasarkan untuk meraih semula margin selepas keuntungan suku tahunan tidak memberangsangkan.
Lebih buruk lagi, pesaing Volkswagen telah pun membuat pengurangan harga bagi kenderaan EV mereka.

Ketua Pegawai Kewangan, Arno Antlitz berkata satu program yang menyasarkan penjimatan AS$10.6 bilion (RM50.6 bilion) pada jenama kereta penumpang utama ditangguhkan, tetapi beberapa langkah telah pun dilaksanakan.
“Akan ada komunikasi sebaik sahaja mereka bersedia. Kita tidak perlu bimbang tentang kelewatan sebulan atau dua,” jelas Antlitz mengenai rancangan itu.
Volkswagen menyertai pesaingnya yang lain, di mana penganalisis sebelum ini memberi amaran bahawa permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) tidak berkembang seperti dijangkakan.
Untuk Volkswagen, ia hanya menerima 150,000 pesanan di Eropah berbanding 300,000 pada tahun lepas.
Walau bagaimanapun, Antlitz percaya pesanan bakal meningkat pada suku ketiga berbanding suku pertama atau kedua. Tambahnya lagi, Volkswagen masih yakin dengan sasaran telah ditetapkan bagi model EV.
- BACA: PANDU UJI: VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE 2.0 R LINE 4MOTION. SUV 7 TEMPAT DUDUK YANG SELESA, BERKUASA DAN MEYAKINKAN
- BACA: VOLKSWAGEN TIGUAN GENERASI BAHARU DIPERKENALKAN, 4 PILIHAN TRENKUASA
- BACA: TAK PERLU GENTAR DENGAN PENGELUAR KERETA DARI CHINA – CEO VOLKSWAGEN
- BACA: VOLKSWAGEN ID. GTI CONCEPT – GTI VERSI ELEKTRIK!