" "
Artikel Pilihan

KELEMAHAN SISTEM TORSION BEAM PADA SUSPENSI BELAKANG KERETA.

Sebelum ini kami ada menghuraikan kelebihan penggunaan sistem suspensi torsion beam pada kereta-kereta moden. Anda boleh baca artikel berkenaan kelebihan sistem torsion beam di SINI. Untuk berlaku adil, kami huraikan pula kelemahan disebabkan penggunaan sistem suspensi torsion beam pada tayar belakang kereta.

1. Prestasi di selekoh kurang memuaskan – penulis huraikan mengikut pengalaman pemanduan yang menggunakan torsion beam. Seperti yang anda tahu, jarak antara roda atau wheelbase bagi sebuah kereta ditentukan dengan mengukur antara pusat roda tayar depan dengan pusat roda tayar belakang.

Dalam suspensi torsion beam, sebaik sahaja tayar melalui lubang atau bonggol dimensi jarak antara roda ini telah berubah disebabkan tayar perlu mengikut bonggol atau menuruni lubang. Sekiranya bonngol ini berada di laluan lurus maka ia tidak menjadi masalah besar.

Tapi jika bonggol ini berada di selekoh, perubahan jarak antara roda akan menyebabkan dinamik pengendalian kereta terasa kurang kemas. Seolah-olah tayar melayang dan hilang cengkaman sekejap sebelum ia mula mencengkam semula. Jika anda seorang yang sensitif, perkara ini akan membantutkan hasrat anda untuk terus menekan pedal minyak sewaktu keluar dari selekoh.

2. Banyak sangat short-cut – seperti yang kami huraikan sebelum ini jika torsion beam ditala dengan baik, maka tidak timbul isu kepuasan pemanduan. Yang menjadi isu ialah banyak pengeluar mengambil jalan mudah dengan menggunakan material yang murah semasa proses pembuatan dan tidak memasang bar anti oleng.

Keadaan ini menyebabkan kereta menjadi membuai-buai ketika selekoh dan dalam sesetengah keadaan ia beroleng ke arah bertentangan. Jika anda mengambil selekoh ke kiri, cesi terasa nak terlempar ke kanan dan sebaliknya.

3. Pergerakan tayar kiri dan kanan bersambung – disebabkan tayar kiri dan kanan bersambung melalui beam torsion, maka pergerakan tayar kiri ketika melanggar bonggol jalan akan mempengaruhi tayar kanan. keadaan ini akan menyumbangkan pada NVH (noise vibration & harsness) jika tidak ditala dengan betul

4. Jurutera susah untuk menala sistem dengan betul – disebabkan pergerakan tayar kiri dan kanan bersambung, agak susah untuk jurutera menala suspensi mengikut kehendak mereka. Jika menggunakan suspensi Multi-Link, jurutera boleh menala ride agar selesa namun handling yang bagus di selekoh.

Tapi dengan torsion beam, jurutera hanya boleh memilih satu tetapan sahaja pada kereta samaada handling yang bagus di selekoh tapi mengorbankan ride yang selesa. Atau ride yang selesa tapi handling terkinja-kinja ketika dipaksa laju di selekoh.

5. Mudah oversteer – Setiap kali melalui lubang atau bonggol di selekoh, nilai toe dan camber tayar yang menggunakan torsion beam. Nilai ini bergantung bagaimana beam ini dipasang antara tayar. Jika anda perasan beam ini biasa dihasilkan dalam bentuk U atau V.

Bentuk beam ini (U atau V) akan dipasang samaada mengadap depan, atas atau belakang. Anda boleh merujuk pada jadual yang ditunjukkan pada profail ke 4. Apabila melanggar bonggol di selekoh, satu tayar akan terangkat menjadikannya memiliki toe-in negatif yang akan menyebabkan oversteer.

Google ads
Back to top button