Artikel Pilihan

KEMASAN EKSKLUSIF JADI PELENGKAP ULANG TAHUN KE 10 VOLK RACING TE37V – ADA SESIAPA NAK BUAH PINGGANG TAK?

Rasa macam baharu sekejap je dilancarkan tapi rupanya dah 10 tahun usia Volk Racing TE37V ni. Rim ini asalnya dibangunkan khas oleh Rays Engineering sebagai varian khas TE37 yang ikonik tapi khas untuk kegunaan kereta-kereta lama dengan saiz yang kecil dan offsets yang lebih rendah.

Rim edisi istimewa ini dinamakan Volk Racing TE37V 10th Anneiversary Edition dan diberi kemasan serta pilihan warna yang baharu. Jangan ingat boleh pilih macam-macam warna macam nak beli kereta pulak.

Rim edisi ulang tahun ini didatangkan dengan warna Bronze dan untuk pertama kalinya, Dash White. Hahaha ingat boleh pilih warna suka-suka hati ke? Kali ini logo Volk Racing dan Rays Engineering dilakar terus ke jejari rim menggunakan mesin ukir khas yang dipatenkan. Tak main dah stail cat atau pelekat macam dulu-dulu.

Ia boleh didapati dari saiz 15 inci dengan kelebaran 7J ke 9J sehinggalah ke saiz 18 inci dengan kelebaran 9.5J ke 12J. Alza boleh masuk saiz 16 je kot?

Menariknya video promosi rim edisi istimewa ini dirakam di Los Angeles dan bukannya di Jepun. Bintang utama yang menggunakan rim ini dalam video ialah sebuah Skyline Hakosuka yang dimiliki oleh seorang detektif LAPD. Haih, mesti besar betul gaji detektif kat sana sampai boleh pakai Hakosuka.

Keretanya pun lawa betul dan memang masuk dengan rim edisi ulang tahun ni. Kalau letak lampu amaran merah bermagnet atas bumbung memang dah macam kereta detektif dalam drama kepolisan Hollywood.

Google ads
Back to top button