Artikel Pilihan

KEMBALIKAN NOSTALGIA BASIKAL KANAK-KANAK ANDA DENGAN VOOK E-TRIKE – TOP SPEED 60 KMJ BOH

Takkan la korang tak pernah ada basikal roda tiga sewaktu kecil dahulu. Kini muncul VOOK e-trike dan syarikat ini berharap produk terbaru mereka ini akan meletup di pasaran skuter elektrik. Ia mempunyai rekaan basikal roda tiga klasik dengan jarak operasi hampir 130 kilometer. Lebih gempak lagi ia dikatakan mempunyai kelajuan maksima 60 km/j. Laju tu nak oii.

Secara ringkasnya basikal roda tiga ini mempunyai sepasang motor yang menggerakkan tayar-tayar belakang yang lebih kecil dari tayar hadapan. Pembeli boleh memilih antara bateri berkuasa 30Ah ataupun 50Ah. Anggaran jarak operasi kedua-dua bateri ialah sekitar 130 km ke 180 km. Mak aih boleh tahan jaraknya. Boleh ulang alik KL-Raub ni.

Baterinya didakwa hanya memerlukan masa 2.5 jam untuk dicas menggunakan pengecas yangs sesuai. Pakai pengecas telefon memang tak boleh la.

Basikal tiga roda ini mempunyai tiga mod tunggangan iaitu Safe (10mph), Eco (15mph), Sport (20mph) dan Boost/Exreme (40mph) dan semestinya ia mempunyai jarak operasi yang berbeza-beza.

Kerangkanya dihasilkan daripada aluminium 6061 yang kukuh dan kesemuanya tayarnya adalah jenis kalis bocor. Tayar matilah ni dan ia disokong oleh brek cakera hidraulik untuk kuasa henti.

Tempat duduknya diperbuat daripada kaca gentian dan bateri diletakkan di bahagian belakang. Pengguna boleh menghidupkan VOOK ini dengan menggunakan aplikasi telefon pintar ataupun menggunakan cap jari mereka. Terdapat juga unit paparan LCD yang memberikan maklumat berguna dan dua kamera yang bertindak sebagai cermin pandang belakang.

Walaupun nampak canggih untuk sebuah basikal roda tiga, keselesaan penunggang adalah diragui. Contohnya VOOK ini tidak mempunyai sistem suspensi. Macam mana kalau terlanggar lubang dalam kelajuan 60 km/j? Naya woo.

Tayar kalis bocor pun tidak dinyatakan sepenuhnya tentang material yang digunakan. Berapa lama mampu bertahan. Kalau basikal abang masa kecil dua memang bergegar otak kalau terlanggar batu.

Cuma VOOK menyatakan yang tayar-tayar tersebut mampu menyerap gegaran dengan baik. Satu kenyataan yang agak berani. Okey harganya pula ialah bermula dari USD2,300 ke USD2,500 seunit (dekat-dekat RM12,000) juga la nampaknya. Sanggup le korang keluarakan duit sebanyak itu untuk basikal roda tiga bersaiz besar? #baikbeli waisuku kot?

Google ads
Back to top button