
KEMPEN AFTERMARKET VOLVO TRUCKS
Volvo Trucks Malaysia (Volvo) telah melancarkan dua kempen aftermarket iaitu kempen Alat Ganti Klasik (Classic Parts) serta Kit Penapis dan Minyak (Filter Kits and Oil).
“Kempen promosi aftermarket ini membuktikan usaha berterusan kami dalam memastikan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan lama dan baru. Sebagai tambahan, kempen-kempen ini menyokong strategi jangka masa panjang kami untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan. Ia nyata selari dengan pengembangan rangkaian yang berterusan dan proses naik taraf kemudahan kami di semua 11 buah pengedaran di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Volvo Malaysia, Mats Nilsson.
Kempen alat ganti klasik untuk trak lama Volvo menawarkan harga khas bagi alat ganti yang sudah lusuh dan haus. Komponen enjin dan chasis trak klasik Volvo seperti model-model FM9, FM10, FM12 dan FL10 turut ditawarkan.
Boleh didapati di semua pengedar milik Volvo dan pengedar persendirian sah di seluruh negara, kempen ini menawarkan produk berkualiti tinggi dan spesifikasi yang 100% sama dengan alat ganti tulen Volvo.
Promosi Kit Penapis dan Minyak pula menawarkan Kit Penapis dan Minyak Pelincir Volvo 100% tulen pada harga yang berbaloi kepada semua pelanggan trak Volvo. Dijamin mudah dari segi penukarannya, promosi ini hadir dalam satu pakej penapis yang lengkap bersama minyak pelincir. Volvo memberi jaminan bahawa semua penapis yang berkaitan akan ditukar pada setiap selang penyelenggaraan sebagai satu perkhidmatan tambahan.
Kempen ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan aspek penapisan dan sistem pelinciran yang berkualiti. Hanya boleh didapati di kemudahan pengedar milik Volvo, pakej yang ditawarkan pada harga standard ini sememangnya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat kerana ia membantu menguruskan bajet dan kos mereka.
“Kami di Volvo turut menyediakan khidmat nasihat terhadap apa jua yang berkaitan dengan trak sebagai salah satu perkhidmatan aftermarket. Melalui promosi Kit Penapis dan Minyak, kami menggalakkan para pelanggan supaya mengganti penapis dan minyak enjin tepat pada masanya kerana ia membantu mengoptimumkan prestasi, jangka hayat dan fungsi trak,” kata Naib Presiden Aftermarket, Volvo Malaysia, Gilles Laroche.
Kemeja-T Minyak Pelincir Tulen Volvo edisi terhad akan diberikan secara percuma untuk setiap pembelian minimum mana-mana dua set Kit Penapis dan Minyak Volvo. Pembelian Alat Ganti Klasik pula hadir dengan standard jaminan Volvo selama 12 bulan terhadap kerosakan daripada pengilang.
Kempen Kit Penapis dan Minyak berlangsung selama empat bulan bermula 1 April hingga 31 Julai 2014, sementara Kempen Alat Ganti Klasik merupakan projek jangka masa panjang yang bermula dari 1 April 2014.
Maklumat lanjut mengenai Kempen Alat Ganti Klasik (Classic Parts) serta Kit Penapis dan Minyak Volvo (Filter Kits and Oil) boleh didapat di laman web www.volvotrucks.com.my dan www.facebook/VolvoTrucksMalaysia. *Tertakluk kepada terma dan syarat.