Modifikasi

MINIMALIS COROLLA KE30

AE86 tak payah ceritalah. Dia punya martabat dah sampai tahap dewa. Pengaruh itu juga menyebabkan Toyota buat keputusan untuk menghasilkan Toyota 86. 

DSC_9875

Pengaruh Corolla lebih daripada yang dikecapi oleh model Celica kerana  Corolla ialah sebuah kereta biasa. Maksud saya, kereta penumpang yang murah, semua orang boleh beli. Hingga ke hari ini pun, alat gantinya boleh dibeli di mana-mana.

Kereta ini namanya KE30, Corolla generasi ketiga dalam keluarga Toyota. Mengikut sejarahnya, ia termasuk dalam garis pengeluaran model Corolla yang paling panjang dari tahun 1974 hingga 1981.

DSC_9873

Sebabnya, sewaktu kereta ini dikeluarkan, dunia sedang mengalami kemelesetan ekonomi. Negara konsumer berpengaruh seperti Amerika Syarikat (AS) terjejas kerana mata wangnya jatuh teruk. Corolla ini datang tepat pada masanya dan menjadi model Corolla paling laris di AS sebab orang tak ada duit nak isi minyak enjin besar macam V8 5,000cc.

Pada zaman serba moden ini, orang mula beralih kepada Corolla sebab nak main kereta lama atau beli AE86 tak mampu. Pemilik kereta ini namanya Payed. Kalau melihat pada cara kereta ini dimodifikasi, saya tabik sebab kondisinya memang terbaik.

DSC_9893

Enjin asal kereta ini ialah enjin 3K 1,200cc atau lebih tepat 1,166cc. Walaupun kecil, tetapi kuasanya boleh tahan. Sesuai untuk badannya yang tidak terlalu berat. Masa tahun 1970 dulu, inilah rahsia yang mencatatkan kilometer yang tinggi tanpa adanya sistem pancitan bahan api atau profail aci sesondol.

Payed mengubahsuai enjin dengan melakukan rebore blok kepada 1.8 liter macam enjin Unser. Perkara lain yang diubah suai pada enjin ialah kabel pencucuh Excel, penapis udara K&N dan peredam bunyi jenis twin tip.

DSC_9897

Transmisi empat kelajuan yang lama digantikan dengan kotak gear lima kelajuan manual. Itulah kelebihan Toyota, tidak perlu risau kerana banyak komponennya  boleh diguna pakai sesama model yang mungkin jauh lebih baru atau lama. Kotak gear ini dipasang dengan flywheel Mitsubishi Super Touring 1.8.

DSC_9889

Rim dihasilkan secara custom. Kerja custom melibatkan pemilihan hub dan mangkuk yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih nak lebar dan offset berapa. Kalau kena dengan spesifikasi dan reka bentuknya, ia nampak menarik sekali, belanja pun tak mahal sangat. Rim ini kemudian dipakaikan dengan tayar Yokohama Parada bersaiz 195/50 di segenap sudut.

DSC_9874

Brek depan disalin daripada AE86. Sementara brek belakangnya tidak diusik dan masih menggunakan brek gelendong asal KE30. Suspensi pula dikahwinkan dengan penyerap hentak Corolla EE80 atau Toyota LE. Suspensi belakang juga diubah suai secara custom supaya lebih rendah dan keras.

DSC_9896

Bahagian dalaman dilengkapi sepasang tempat duduk Recaro Fishnet. Memang sesuai dengan zaman kereta ini. Recaro Fishnet adalah antara model Recaro buatan Jepun terawal yang dilesenkan. Industri automotif Jepun memang berpengaruh sampaikan vendor ternama seperti Recaro (Jerman), Momo, OZ (Itali) mendapat laba yang besar hasil pelaburan mereka di sana. Bahagian dalaman lain yang diganti ialah pemain CD Kenwood.

DSC_9877

Sudut luaran menampilkan ubahsuai minimalis dengan hanya sekeping lips custom di bahagian bumper depan. Lazimnya, kalau kereta oldskul, bodykit fiber memang tak dibuat dek orang. Paling hebat pun fender arch dengan lips depan. Memang itulah gaya yang semua orang terima sejak dulu lagi.

[hr] SPESIFIKASI

Model: Toyota Corolla KE30 / 1978

Transmisi: 5 kelajuan manual, Mitsubishi super touring 1.8

Suspensi: Depan KYP Toyota LE, belakang custom

Brek: AE86 depan, belakang standard

Rim: Custom 15X 8jj & 9jj

Tayar: 195/50/15

Dalaman: Recaro fishnet, pemain cakera padat Kenwood

Luaran: Custom lips, warna merah Brilliant red 2k

[hr]GALERI 

DSC_9878DSC_9880DSC_9881DSC_9882DSC_9888DSC_9898

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button