Buletin

BESTDRIVE CONTINENTAL JB DIBUKA

Pusat Kenderaan Penumpang BestDrive Continental yang merupakan  hasil kerjasama Chong Heng Tyres Enterprise dengan Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd (CTM) telah dibuka di  Johor Bahru, Malaysia pada 23 September 2015.

BestDrive-Continental-JB-mekanika  (2)

“Pusat BestDrive Continental membolehkan rakan kami menggunakan jenama Continental untuk menjadi pengedar tayar dan memenuhi keperluan segmen premium.

“Justeru, kami menawarkan kepakaran serta khidmat nasihat dalam menghasilkan konsep BestDrive Continental yang premium , susun atur kedai, persekitaran menukar tayar dan servis yang mesra pelanggan,” kata Naib Presiden Pemasaran & Jualan PLT & TT Malaysia, CTM, Cameron Wilson.

BestDrive-Continental-JB-mekanika  (5)

Selari dengan konsep pusat BestDrive, Chong Heng Tyres Enterprise ada menawarkan servis yang komprehensif berbanding kedai tayar yang lain. Ia menyediakan rangkaian tayar Continental untuk pemilik kereta penumpang dan trak ringan yang mahukan tayar lebih premium.

Jenama tayar Dunlop dan Viking melengkapkan lagi tawaran premis ini. Para oelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan penjajaran, balancing, dan membaiki tayar oleh mekanik berpengalaman serta peralatan canggih.

BestDrive-Continental-JB-mekanika  (1)

Bukan itu sahaja, mereka ialah Continental Approved Tyre Inspector (CATI) yang mampu menyediakan khidmat secara serta-merta apabila pelanggan mahu memeriksa tayar mereka.

Pusat BestDrive itu turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti Wi-Fi percuma, minuman, pemeriksaan 10 poin keselamatan dan banyak lagi untuk  keselesaan pelanggannya.

Dengan pembukaan Chong Heng Tyres Enterprise, CTM kini mempunyai 21 Pusat Kenderaan Penumpang BestDrive Continental di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button