
KEMPEN LIGA JUARA-JUARA NISSAN UEFA
Kempen Liga Juara-Juara Nissan UEFA berlangsung sepanjang bulan Mac. Pelanggan Nissan yang membeli kenderaan Nissan boleh mengambil bahagian dan berpeluang memenangi percutian percuma ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara UEFA 2015/16 di Eropah.
“Ini merupakan tahun kedua Nissan bekerjasama dengan UEFA. Kami di ETCM percaya bahawa penganjuran kempen kali kedua ini akan dapat memberi keterujaan kepada peminat bola sepak tempatan.
“Selain meningkatkan pengalaman mereka terhadap pertandingan bola sepak yang paling berprestij di Eropah ini,” kata Pengarah Perancangan Produk dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor, Tan Keng Meng.
Bagi menambah keterujaan kempen ini, ETCM menjemput semua peminat bola sepak supaya mengundi gol-gol kegemaran mereka menerusi peraduan ‘Goal of The Week’ di http://bit.ly/NissanUCL-GOTW bermula 16 March hingga 3 April 2016.
Peraduan ‘Goal of The Week’ Liga Juara-juara UEFA dianjurkan oleh Nissan memberi peluang kepada peminat bola sepak di seluruh dunia untuk menentukan gol-gol paling cantik dan teknikal sepanjang perlawanan. Ia membolehkan mereka untuk memenangi barangan Liga Juara-juara UEFA.
Bagi menyokong inisiatif global Liga Juara-juara untuk musim 2015/16, Nissan telah meneruskan kerjasamanya dengan duta-duta rasmi jenama atau ‘Engineers of Excitement’.
Mereka terdiri daripada bintang pasukan Barcelona, Andrés Iniesta; kapten pasukan Paris Saint-Germain, Thiago Silva; pemain Manchester City, Yaya Touré dan pemain pasukan Schalke, Max Meyer.
Selain itu, ETCM turut menawarkan kenderaan stok tahun 2016 pada harga tahun 2015. Bagaimanapun, hanya model terpilih sahaja layak menerima tawaran berkenaan.
Malah, semua model Nissan juga hadir bersama promosi menarik seperti rebat tunai, tawaran penukaran (trade-in) dan pakej pembiayaan yang inovatif.
Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk menikmati pelbagai tawaran hebat. Di samping mendapatkan barangan Liga Juara-juara Nissan UEFA eksklusif secara percuma dengan hanya memandu uji kenderaan Nissan.
Berikut ialah tarikh dan lokasi siri jelajah Nissan:
Tarikh | Lokasi |
11-13 Mac | Paradigm Mall, Petaling Jaya |
11-13 Mac | 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu |
11-13 Mac | Park City Mall, Bintulu |
15-20 Mac | Aeon Seremban 2, Seremban |
15-20 Mac | MentakabStar Mall, Mentakab |
16-20 Mac | IOI City Mall, Putrajaya |
18-20 Mac | Star Megamall, Sibu |
24-27 Mac | Taiping Sentral Mall |
25-27 Mac | Imago Times Square, Kota Kinabalu |