Motosikal

YAMAHA NMAX-RM8, 812.84

Januari lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), menganjurkan majlis previu Yamaha NMAX ke pasaran tempatan.

yamaha-nmax-mekanika (1)

Model skuter itu akan berada di pasaran selepas April 2016. Pihak HLYM baru sahaja mengumumkan harga NMAX iaitu RM8, 812.84 (selepas GST, tanpa insurans).

Yamaha NMAX dilengkapi enjin empat lejang SOHC silinder tunggal bersesaran 155cc yang pertama dalam kelasnya. Ia mampu menghasilkan kuasa 11.1kW dan tork 14.4Nm. Penghantaran kuasa ke roda dipadankan dengan transmisi V-Automatik.

Antara ciri NMAX yang menarik termasuklah lampu hadapan dan belakang LED, ruang lantai dan kargo yang luas, meter LCD, penyerap hentakan berkembar, serta brek cakera bersaiz 230mm untuk kedua-dua rodanya.

NMAX didatangkan dalam dua warna iaitu merah dan kelabu.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button