
SUZUKI MEGA ROADSHOW DILANJUTKAN
Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah melanjutkan Suzuki Mega Roadshow kerana acara itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
Empat lagi lokasi baharu ditambah. Justeru, kempen yang bermula sejak November tahun lalu akan diteruskan sehingga hujung bulan ini.
Empat lokasi baru yang akan menganjurkan Suzuki Mega Roadshow adalah:
- IOI City Mall, Putrajaya (4-8 Mac 2015)
- Gurney Plaza, Pulau Pinang (13-15 Mac 2015)
- The Mines, Seri Kembangan (20-22 Mac 2015)
- Plaza Low Yat, Kuala Lumpur (23-29 Mac 2015)
Pengunjung dan pelanggan boleh melihat secara dekat model-model popular Suzuki seperti Suzuki Swift, Swift Sport, Jimny, Grand Vitara, Alto dan Suzuki S-CROSS.
Untuk bulan ini sahaja, rebat tunai sehingga RM8,500 ada ditawarkan. Bukan itu sahaja, pengunjung yang memandu uji mana-mana model Suzuki pada siri jelajah ini berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM10,000!
“Kami akan meneruskan inisiatif-inisiatif seperti ini pada masa depan kerana ia adalah sinergi di antara Suzuki dan para pelanggannya yang mendefinisikan “Way of Life!’ jenama Suzuki,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.
Senarai rebat untuk model Suzuki adalah seperti berikut:
MODEL | Nilai Rebat | |
MY 2014 | MY 2015 | |
Suzuki Swift GL | RM8,500.00 | RM5,000.00 |
Suzuki Swift GLX | RM7,000.00 | RM5,000.00 |
Suzuki Swift Sport | RM4,000.00 | – |
Suzuki Jimny | RM2,000.00 | – |
Suzuki Grand Vitara | RM7,000.00 | – |
Suzuki S-CROSS | RM2,000.00 | – |
Suzuki Alto | RM7,000.00 | – |
(*) Tertakluk kepada terma dan syarat
Para pelanggan yang membeli Suzuki Swift GL dan GLX sebelum 31 Mac 2-15 akan diberi perakam video digital Blaupunkt secara percuma. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.suzuki.net.my atau hubungi talian: 1-300-88-6699