
KEMPEN “RAYA BERSAMA SELAMAT SENTIASA” SUBARU TAWAR PENJIMATAN, FAEDAH LUAR BIASA!
TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, menyambut kedatangan musim perayaan dengan kempen istimewa “Raya Bersama Selamat Sentiasa” yang berlangsung dari 2 Mac hingga 30 April 2025.
Kempen ini menekankan aspek keselamatan dan kebersamaan dengan pelbagai promosi jualan dan selepas jualan yang menarik.

Tawaran Eksklusif Raya Subaru
Subaru Malaysia menawarkan pelbagai penjimatan dan faedah luar biasa untuk model terpilih:
- Subaru XV – Nikmati penjimatan sehingga RM38,000++, termasuk diskaun sehingga RM29,000, filem penebat haba percuma, serta Pakej Servis Komprehensif 5 Tahun.
- Subaru Forester – Dapatkan penjimatan sehingga RM36,000++, termasuk diskaun sehingga RM28,000, kamera papan pemuka HD bernilai RM1,450 secara percuma, dan Pakej Servis Komprehensif 5 Tahun.
Sampul Raya Edisi Terhad Subaru

Menambah kemeriahan sambutan Aidilfitri, Subaru menawarkan Sampul Raya eksklusif edisi terhad kepada pelanggan yang mengunjungi bilik pameran Subaru di seluruh negara untuk sesi pandu uji.
Sampul Raya ini juga boleh diperoleh oleh pelanggan yang menyelenggara kenderaan mereka di pusat servis Subaru dengan pembelian mana-mana Pakej Servis Subaru.
Promosi Servis Selepas Jualan Raya
Komitmen Subaru terhadap keselamatan tidak berakhir di jalan raya. Untuk memastikan kenderaan pelanggan sentiasa berada dalam keadaan terbaik, Subaru Malaysia menawarkan promosi selepas jualan istimewa bagi kenderaan yang telah tamat tempoh jaminan:
- Pemeriksaan Kesihatan Kenderaan Percuma – Dapatkan pemeriksaan keselamatan percuma di mana-mana pusat servis Subaru yang sah.
- Pakej Servis pada Harga Promosi – Harga serendah RM416 untuk pakej servis biasa, termasuk penapis minyak percuma bernilai RM64 dan minyak enjin sintetik penuh MOTUL MI-TECH 5W30.
- Penjimatan Istimewa Servis – Rebat tunai RM30 untuk setiap perbelanjaan minimum RM500 bagi pemilik kenderaan Subaru.

Subaru: Jaminan Keselamatan dan Keselesaan
Subaru Malaysia terus mengutamakan keselamatan dan ketenangan fikiran pengguna sepanjang perjalanan mereka di musim perayaan ini.
Dikenali dengan teknologi teras seperti Symmetrical All-Wheel Drive (SAWD), EyeSight® Driver Assist Technology, Subaru Global Platform (SGP) dan enjin Boxer, Subaru menjamin pengalaman pemanduan lebih selamat.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.subaru.asia/my/en/promotions/ atau kunjungi bilik pameran Subaru terdekat anda.