
SUBARU XV 2.0i-P 2021 FACELIFT. UPHOLSTERI LEBIH MEWAH, BERMULA RM131,788
TC Subaru, pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di Malaysia hari ini memperkenalkan Subaru XV 2.0i-P 2021 ke pasaran tempatan.
Model naik taraf itu menerima kemasan kulit Suede Delexe pada tempat duduknya yang menggabungkan warma gloss black, matte black dan perak. Ia diserlahkan lagi menerusi jahitan benang berwarna oren.
Upholsteri baharu itu hanya ada pada varian XV 2.0i-P serta eksklusif untuk pasaran Malaysia dan Thailand sahaja.

Crossover lima tempat duduk itu dipasang dengan rim aloi bersaiz 17 inci. Antara pakej kelengkapan yang turut diberi termasuklah sistem audio dengan skrin 8-inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
XV 2.0i-P dilengkapi teknologi utama Subaru seperti pacuan semua roda simetrikal. Jentera itu juga masih menggunakan enjin flat-four bersesaran 1,955cc yang mampu menjana kuasa 154hp dan tork 19Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear CVT Lineartronic.
Pelanggan boleh memilih daripada enam warna iaitu putih, kelabu, perak, biru, grey khaki dan oren.
Subaru XV 2.0i-P 2021 ditawarkan pada harga RM131,788 (di atas jalan, tidak termasuk insurans).
- BACA: SUBARU XV GT EDITION KINI DILANCARKAN DI MALAYSIA – LEBIH SPORTY, KHUSUS UNTUK ASIA
- BACA: PESAING HR-V DAN CH-R SUDAH TIBA – SUBARU XV 2018 SERBA BAHARU
- BACA: SUBARU XV – PEMANDUAN DINAMIK
- BACA: BUAT LAPORAN PALSU SUBARU FORESTER HILANG. DUIT TUNTUTAN INSURANS NAK GUNA UNTUK KAHWIN
GALERI