
VOLKSWAGEN DAN ALKISAH MODEL ELEKTRIK MAMPU MILIK MEREKA
Umum mengetahui bahawa model Beetle yang telah dihasilkan oleh Volkswagen puluhan tahun lampau telah membolehkan mobiliti mampu milik untuk berjuta-juta orang dengan reka bentuk kereta kompak dan digemari.
Kini, dengan tayangan perdana global untuk model ID. EVERY 1 kereta pameran, pengeluar kereta Jerman itu mempersembahkan model elektrik sepenuhnya untuk peringkat permulaan. Volkswagen akan melancarkan versi produksi massa pada tahun 2027 dengan harga permulaan sekitar 20,000 Euro (RM95,526) sahaja.

Manakala model ID. 2all1 pula akan dilancarkan dengan julat harga sekitar 25,000 euro seawal tahun 2026. Kedua-dua model adalah sebahagian daripada Kereta Elektrik Keluarga Bandar baharu dengan menggunakan pacuan roda hadapan, yang sedang dibangunkan di bawah payung kumpulan jenama Core dalam Kumpulan Volkswagen. Ia berdasarkan platform pemacu elektrik modular baharu Volkswagen: MEB dengan pacuan roda hadapan.
Pembangunan model baharu untuk Kereta Elektrik Keluarga Bandar ini akan memfokuskan kepada beberapa perkara penting seperti kepelbagaian maksimum yang merupakan ciri penting jenama ini di masa hadapan.

Menurut Volkswagen, model ID.EVERY1 ini akan menjadi model penting buat mereka di masa hadapan dengan menyasarkan model ini berupaya untuk menjadi sebuah kenderaan elektrik yang mampu milik dan menyasarkan untuk menjadi pengeluar volum tinggi yang terkemuka di dunia menjelang 2030.
Kelak model ID.EVERY1 ini akan menampilkan reka bentuk dengan ciri dan karisma yang lebih berani dan menarik dengan bahagian menampikan rekaan yang lebih dinamik serta bahagian belakang yang kelihatan seperti tersenyum menurut Ketua Reka Bentuk Volkswagen Andreas Mindt.

berdasarkan platform pemacu elektrik modular baharu. Terima kasih kepada pacuan roda hadapan elektrik, platform MEB menawarkan penggunaan ruang revolusioner dan kecekapan maksimum.
Kenderaan konsep ini mencapai kelajuan tertinggi 130 km/j yang dikuasakan oleh motor pemacu elektrik yang baru dibangunkan dengan 70 kW (95 PS). Julatnya sekurang-kurangnya 250 kilometer.
Dengan saiz panjang 3,880 mm, ID. EVERY1 diposisikan di antara yang model Up! (3,600 mm), ID. 2all (4,050 mm) dan Polo semasa (4,074 mm). Pun begitu, model ini masih cukup ideal untuk membawa empat penumpang tanpa masalah dengan ruang bagasi bagasi sebanyak 305 liter.
BACA : VOLKSWAGEN ID.BUZZ GTX DIPERKENALKAN. VERSI VAN ELEKTRIK YANG LEBIH BERKUASA
BACA : VOLKSWAGEN ID.CODE CONCEPT – MASA DEPAN VOLKSWAGEN YANG SEMAKIN CERAH UNTUK PASARAN CHINA

