Buletin

WRC 2022 – KALLE ROVANPERA MUNCUL JUARA SAFARI RALLY KENYA YANG PENUH DENGAN DRAMA

Pemandu muda pasukan Toyota Gazoo Racing, Kalle Rovanpera terus mengekalkan dan menjarakkan pendahulu katagori pemandu apabila muncul juara Safari Rally Kenya 2022 dalam keadaan yang penuh dengan drama dan kejutan.

Kalle Rovanpera tidak menyangka untuk muncul juara di perlumbaan yang cukup mencabar. Beliau cuma hadir ke Safari Rally Kenya dengan sasaran yang lebih terbuka, sebarang pungutan mata adalah bonus sementelah mengetahui cabaran yang bakal beliau tempuhi bukanlah calang – calang. Perlumbaan di Safari Rally Kenya yang sepatutnya kering dan berdebu bertukar menjadi laluan yang berlumpur dan licin apabila hujan turun membasahi bumi Kenya.

Kalle Rovanpera selesa mendahului saingan di peringkat akhir dengan meninggalkan Elfyn Evans di podium kedua dengan kelebihan 52.8 saat. Elfyn Evans sudah pasti boleh menarik nafas lega dengan keputusan ini apabila berjaya menaiki podium walaupun berdepan dengan beberapa masalah kecil seperti tayar pancit sewaktu SS10 serta masalah pembersih cermin hadapan yang tidak berfungsi sewaktu melintasi laluan yang berlumpur.

Podium ketiga turut menjadi milik pasukan Toyota apabila Takamoto Katsuta walau pun turut mengalami masalah tayar pancit. Keputusan ini setidaknya hampir menyamai keputusan Takamoto Katsuta apabila berjaya menduduki tempat kedua di Safari Rally Kenya tahun lepas. Kira ok lah kan masih lagi berupaya menaiki podium.

Dan melengkapkan hari cemerlang dan gemilang buat pasukan Toyota apabila Sebastian Ogier berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan. Itu pun disebabkan beliau turut mengalami beberapa masalah. Jika tidak, pasti podium juga buat beliau.

Namun yang pasti, quartet pasukan Toyota kali ini sekali lagi mengulangi pencapaian yang pada tahun 1993, juga di Safari Rally. Mengulangi pencapaian pernah dibuat oleh Juha Kankkunen, Markku Alen, Ian Duncan dan juga Yasuhiro Iwase.

Lantas apa yang terjadi kepada pemandu dan pasukan lain? Ott Tanak misalannya gagal menamatkan saingan apabila mengalami beberapa masalah dan kerosakan serius membabitkan power steering dan juga propshaft yang patah. Mujur juga Thierry Neuville berjaya menamatkan saingan di tempat kelima keseluruhan.

Dan beberapa pemandu seperti Craig Breen, Adrien Fourmaux, Sebastian Loeb, dan juga Oliver Solberg turut menerima nasib yang kurang baik di Safari Rally Kenya ini. Kereta terbalik, tayar pancit, serta sistem ampaian rosak antara senarai jawapan mengapa mereka gagal cemerlang di Kenya.

Pusingan berikutnya bakal berlangsung di Estonia.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Kalle Rovenpera – 145 mata
  2. Thierry Neuville – 80 mata
  3. Ott Tanak – 62 mata

Kedudukan Mata Pengeluar

  1. Toyota Gazoo Racing – 246 mata
  2. Hyundai Shell Mobis – 184 mata
  3. M-Sport Ford WRT – 144 mata

BACA : WRC 2022 – KALLE ROVANPERA MUNCUL JUARA DI SAAT AKHIR CROATIA RALLY

BACA : WRC 2022 – KALLE ROVANPERA MELAKUKANNYA SEKALI LAGI DI PORTUGAL

Google ads

B K

Back to top button