
BILSTEIN HASILKAN SUSPENSI UNTUK SUPERBIKE. BAKAL JADI OEM BMW MOTORRAD?
Bilstein memang dikenali sebagai jenama suspensi jentera empat roda di dunia. Firma yang berpangkalan di Jerman itu kini dikatakan sudah mula masuk ke pasaran motosikal berprestasi tinggi pula.
Namun, harus tahu bahawa ini bukanlah kali pertama Bilstein menghasilkan suspensi untuk motosikal.
Buktinya pada Mei 2017, satu entri dalam blog Bilstein UK menyatakan “Selama hampir 50 tahun, Bilstein telah menghasilkan penyerap hentak bertekanan gas untukk motosikal baharu dan vintaj.”
Malah, ia telah menjual suspensi secara dalam talian lebih 10 tahun menerusi laman web: bilstein-motorrad.de.

Jika dibandingkan dengan beberapa jenama lain seperti Ohlins, Showa, WP dan K-Tech, mereka nyata mempunyai lebih banyak kelebihan serta kepakaran teknologi berbanding Bilstein.
Namun, perkembangan inovasi suspensi motosikal Bilstein pastinya menjadi sesuatu yang menarik untuk diperhati.
Buat masa sekarang, Bilstein memasang suspensinya pada BMW S 1000 RR dan merancang untuk membuat kit suspensi untuk jentera lain menjelang akhir tahun ini. Anggaran harga bagaimana pun belum diumumkan. Ada juga dakwaan jenama itu akan menjadi pembekal OEM untuk BMW Motorrad.
Bilstein dilapor akan membekalkan suspensi dalam Kejohanan British Superbike.
- BACA: PERANTI GPS BMW S1000RR TEMUI KEDAI POTONG MOTOSIKAL CURI
- BACA: SET PENUH PANEL BADAN IIMBERGER UNTUK BMW S1000RR -70% LEBIH RINGAN, HARGA RM44,514
- BACA: GT-R, TYPE R, RS – ‘R’ MANA YANG PALING HEBAT DALAM SEJARAH
- BACA: #IKLANPILIHAN: BMW S1000RR MILEAGE 650KM JE!