Artikel Pilihan

KENAPA ADA FUNGSI GEAR D, 3, 2, S, ATAU L PADA KERETA AUTOMATIK?

Anda pernah terfikir tak, cukup ke kuasa yang dihasilkan oleh enjin? Boleh ke enjin kecik 1000cc bawak berat kereta, 5 penumpang dan barang-barang untuk panjat bukit? Tambahan pulak kalau kita tengok berat kereta macam Perodua Bezza, berat kereta sahaja dah mencecah 1075kg. Kalau ikut hukum fizik, enjin tak mampu nak pecut kereta Saga ni naik bukit.

Lagi satu masalah enjin ialah ialah ia hanya mengeluarkan tork maksima dan kuasa kuda maksima pada RPM tertentu saja. Sebagai contoh 94 kuasa kuda pada 5750 RPM dan tork maksima dan tork maksima 120Nm pada 4000 RPM sahaja. Bayangkan kalau kereta tak ada gear, takkan kita nak perah enjin 5750 RPM sepanjang masa, jahanam la enjin.

Sebab tu wujudnya komponen yang dinamakan kotak gear yang disambungkan melalui penukar tork (atau Torque Converter) bagi kereta automatik dan klac bagi kereta manual. Tork yang dihasilkan oleh enjin akan digandakan melalui gear sebelum sampai ke tayar. Jadi tork yang sampai pada tayar, tidak akan sama dengan tork yang dihasilkan oleh enjin.

Boleh jadi tork yang sampai ke tayar menjadi lebih besar dari enjin jika pemandu perlu melakukan pecutan atau untuk memandu santai, tork yang sampai akan menjadi lebih kecil dari yang dihasilkan. Nilai tork ini berubah bergantung pada gear (dan gear ratio yang digunakan).

Sebagai kes kajian, mari kita kaji berapa enjin Perodua Bezza yang menghasilkan 94 kuasa kuda pada 6000 RPM dan dan tork maksima 121Nm pada 4000 RPM dan dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik dengan pilihan gear P, R, N, D4, 3 dan 2.

P, R, & N – ok ini paling asas tuan tuan, P ialah Parking, R untuk Reverse (mengundur) dan N ialah Neutral (tiada sambungan gear dan enjin). Malas nak tulis sebenarnya, tapi risau orang komen.

D4 – sebab apa 4, sebab Bezza dipasang dengan transmisi 4 kelajuan dan gear 4 adalah gear paling tinggi. Ok asas gear ni terbalik gear 1 ada ratio paling tinggi. Dalam tranmisi Bezza ni, ratio gear 1 mungkin bernilai antara 2.9-3. Bagi gear 4, ratio dia paling rendah dengan nilai anggaran antara 0.7-0.8.

Bila kita mula-mula berjalan, jika menggunakan pilihan gear D, Transmission Control Unit atau TCU akan menukar gear dari gear 1, 2, 3 dan seterusnya 4 berdasarkan input pedal minyak. Kalau kita jenis bawak laju, gear akan ditukar pada RPM tinggi, maka kuatlah penggunaan petrol

Kalau kita jenis tekan santai, gear akan ditukar awal supaya kereta akan beroperasi pada gear 4 secepat mungkin. Gear 4 dengan nisbah yang kecil akan memaksa enjin berkerja pada Brake Specific Fuel Consumption terbaik, lebih jimat petrol. Jadi tak payahlah nak percaya cerita viral yang kita kena masuk gear satu satu supaya gear tak jem. Orang gila je buat macam tu.

Kalau kereta 6 gear macam Mazda, gear akan bertukar dari 1, 2, 3, 4, 5, dan akhir sekali 6. Bagi transmisi CVT, gear akan mengubah ratio paling rendah ketika beroperasi. Bila gear 4 beroperasi, kalau enjin berputar 2000 RPM, tayar mungkin berputar 2200 RPM. Disebabkan nisbah gear rendah (0.7-0.8) maka tork yang sampai pada tayar adalah rendah.

Jika ia mengesan anda menekan pedal minyak, gear akan turun dari gear 4 kepada 3 secara automatik.

Gear 3 – kalau anda pilih untuk guna ini ketika memandu, bagi Perodua Bezza, gear akan dihadkan pada gear 3 sahaja. Gear 3 ini special tuan-tuan, sebab nisbahnya adalah 1:1 dan tork yang sampai pada tayar sama dengan enjin. Kalau enjin putar 3000 RPM, tayar pun akan berputar dengan nilai hampir sama.

Dalam mode 3, operasi gear akan bermula 1, 2 dan berakhir di gear 3. Kalau anda perasan, jika gear 3 dipilih sewaktu memandu, RPM akan naik sedikit dan kereta akan melonjak ke depan memberikan sensasi keterujaan pada anda. Bagi kereta Proton Saga 2019 atau Honda City, ia akan ditandakan dengan logo S

Gear 2 – ok kalau anda pilih gear 2, maka operasi gear akan dihadkan sehingga gear 2 sahaja. Gear 1 (Ration 2.9-3) dan gear 2 (ratio 1.6-1.9) memiliki nisbah yang tinggi. Biasa apabila kita mula memandu dalam gear D4 pun, gear akan beroperasi dari gear 1 bagi menggandakan nilai tork yang dihasilkan oleh enjin.

Secara kasar, kalau enjin menghasilkan 121Nm tork, apabila guna gear satu nilai tork sampai pada tayar ialah 360Nm. Lebih dari cukup untuk menggerakkan kereta dari keadaan statik. Tapi kelemahan gear 1 dan 2 ini walaupun ia berkuasa, ia akan memaksa enjin beroperasi pada RPM tinggi

Cuba pandu pakai gear 2, sekejap saja anda dah capai 40km/j tapi enjin bunyi bising macam nak pecah pada 5000-6000 RPM. Lagi pandu dalam gear rendah sepanjang masa tak jimatkan petrol pun. Jadi gear 3 dan 2 ini perlu digunakan ikut situasi pemanduan.

Situasi 1 – katakan anda sedang memandu pada 90km/j dan cuba memotong sebuah lori ayam pada halaju 80km/j. Anda akan dapati adalah jauh lebih mudah memotong lori tersebut jika anda menggunakan gear 3 sewaktu memotong. Enjin menjadi lebih pick-up dan memotong menjadi lebih mudah. Selesai memotong, tukar balik gear dari 3 ke D4

Situasi 2 – anda sedang memandu bersama 5 ahli keluarga dengan barang penuh dalam bonet. Tiba-tiba anda nampak Myvi kengkang pada halaju 50km/j. Kalau anda guna gear 3, boleh cuma berat kereta yang bertambah menjadikan proses pecutan kurang lancar.

Sebaiknya guna gear 2 sekejap ketika mula-mula masuk laluan memotong, tekan pedal minyak sehingga anda rasa enjin sudah mengaum dan tukar gear kepada 3 atau D4 bagi membolehkan proses pecutan berjalan lancar. Kalau tak tukar gear 2 ke 3 atau 4, putaran enjin melekat pada 5000/6000 RPM dan anda tidak boleh meneruskan pecutan

Situasi 3 – gear 3 juga boleh digandingkan dengan enjin bagi proses brek enjin. Ketika menuruni bukit dari Genting Highland atau Cameron Highland, boleh saja anda turun bukit dengan gear D4 tapi anda akan rasa kereta seperti nak terlajak ke depan. Pada masa yang sama anda perlu menekan brek sepanjang masa.

Kalau nasib malang, brek anda akan jadi panas dan fenomena brake fade boleh terjadi. Untuk mengatasi masalah ini, guna saja gear 3 yang akan memperlahankan kereta dengan menggunakan gear dan enjin. Jika anda menggunakan gear 3, dan pedal minyak dilepaskan udara yang masuk dalam enjin tidak akan dibakar

Sebaliknya ia akan dimampatkan dan dilepaskan tanpa menghasilkan tenaga. Gear 3 akan membolehkan anda mengawal kereta ketika menuruni bukit dengan lebih baik berbanding dengan gear D4. Kalau bukit agak curam atau anda terlebih laju, boleh tukar ke gear 2 sekejap sambil tekan pedal brek untuk prestasi brek yang lebih bagus

Hilux VNT 2015 saya rileks je gear 4 pun boleh memotong, tak perlu D3 pun… – tuan-puan Hilux lama VNT 2015 menggunakan enjin turbodiesel yang menghasilkan 343Nm tork pada 1600 RPM. Dah la 3 kali ganda lagi power dari Bezza, masuk 1600RPM pulak tue. Tak ada isu pun nak potong gear 4 sebab tork dia memang besar

Kereta saya guna mode +/-, tak perlu guna D3 pun – iye anda banyak duit boleh beli kereta mahal dengan automatik 6 gear. Jika tombol gear dimasukkan pada slot +/-, anda ada kebebasan untuk tukar mana-mana gear dengan pantas. Tapi TCU akan pastikan anda tak buat benda bangang-bangang macam tukar gear 2 pada 170km/j pada 6000 RPM. Benda ni ada safety logic

Pomen, salesman, kawan, ketua kampung dan tok ketua kata kalau guna 3 dan 2 gear cepat rosak.. – kalau mereka ada Master atau PHd atau pernah bertugas di Jabatan Powertrains Ferrari/Mercedes AMG/ BMW hatta Perodua sekali pun, maka nasihat itu boleh pakai. Kalau tak ada jangan dengar. Memandai mandai je. Semua komponen dah diuji melalui Finate Element Anlysis untuk kegunaan pemanduan. Kalau mudah rosak, dah lama jurutera tak pasang

Google ads
Back to top button