Buletin

KISAH VAN TOYOTA CECAH PERBATUAN 1 JUTA KM. POWER KE TAK POWER?

Siapa tidak mahu memiliki kenderaan yang bukan sahaja berkualiti tetapi tahan lasak dan mampu bertahan lama.

Apatah lagi kalau kita menggunakan kenderaan tersebut untuk menjalankan perniagaan. Mesti mahu yang tahan dan sentiasa dalam keadaan tip top.

Percaya atau tidak ada kenderaan yang bertahan sampai mencecah perbatuan sehingga 1 juta km. Tak percaya?

Dalam satu hantaran di laman Facebook Toyota – Laser Motor Group : Bangsar, PJ, Seremban terbukti ada kenderaan yang mampu bertahan sehingga perbatuan mencecah 1 juta km.

Mengikut laman berkenaan, kenderaan dimaksudkan merupakan sebuah van Toyota Hiace.

Kalau masih tidak percaya, ia turut sertakan gambar pedometer van tersebut yang mencecah 1 juta km.

Bahkan, jika diperhatikan pada badan van yang dijual pada harga bermula RM103,000 itu, ia digunakan sebagai pengangkutan syarikat.

Justeru, tidak mustahil, ia memiliki perbatuan yang sangat tinggi.

Dalam pada itu, mungkin ada yang bertanya rahsia kenderaan tersebut mampu bertahan dengan perbatuan itu.

Menurut laman tersebut, ia mudah sahaja, sentiasa mengikut jadual penyelengaraan yang ditetapkan oleh pengedar sah.

Jadi, pesanan abam, kalau hendak kenderaan bertahan lama, kena laa selalu mengikut jadual penyelenggaraan, jangan skip pula nanti kenderaan meragam. Duit pun abis!!!

Google ads
Back to top button