
KENAPA HALAJU MAKSIMUM KERETA TAK LEPAS 250KM/JAM?
Sekiranya anda pernah memandu uji kereta berkuasa tinggi samada dari jenama Eropah, Jepun atau Korea anda akan persana yang kebanyakan kereta akan menghadkan kelajuan maksimum kenderaan mereka pada 250km/jam terutama pada kereta buatan Eropah walaupun datang dengan kuasa yang cukup besar
Tradisi menghadkan halaju kereta pada 250km/jam sebenarnya sudah bermula hampir 30 tahun yang lalu, di negara yang memiliki lebuhraya tanpa haalaju maksimum iaitu Autibahn di Jerman. Malah dengan beberapa bahagian tertentu tanpa halaju maksimum, hampir semua pemandu ingin memandu uji jentera dan kemahiran mereka di Autobahn
Antara 1980an ke 1990an, jenama utama Jerman seperti BMW, Audi, dan Mercedes mula mencapai kata sepakat bagi menghadkan kelajuan maksimum pada 250km/jam melalui perjanjian tanpa dokumen atau Gentlemen Agreement
Namun sebab utama kebanyakan pengeluar bersetuju dengan konsep ini adalah disebabkan teknologi tayar pada ketika itu yang belum mampu untuk bertahan dalam keadaan dan tekanan ekstrim pada halaju maksimum mencapai 250km/jam
Kebanyakan tayar moden pada hari ini direka dan diberikan kod yang tertera melalui penggunaan abjad seperti H (maksimum 210km/jam), V (240km/jam) dan W (270km/jam). Semakin laju tinggi halaju yang dibenarkan, maka kos penghasilan dan penjualan tayar akan meningkat dan membebankan pengguna
Proses untuk menghasilkan tayar prestasi tinggi ini lebih sukar malah bahan yang digunakan lebih berkualiti tinggi bagi memastikan tayar ini beroperasi dengan baik pada halaju tinggi. Bagi membangunkan sesebuah model baru, maka pengeluar terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi bagi menghasilkan tayar baru pada kenderaan mereka
Bukan itu sahaja, kos penggantian tayar prestasi tinggi juga bukan murah dan pengguna bukanlah selalu memandu pada halaju tinggi sepanjang masa. Maka halaju 250km/jam dijadikan penanda aras bagi kebanyakan kereta moden
Bagi model seperti supercar atau hypercar, ia akan menggunakan tayar yang lebih baik dan jauh lebih mahal memandangkan kos penukaran tayar bukanlah isu utama bagi kebanyakan pemilik jutawan
Dengan menghadkan halaju pada 250km/jam juga, pengeluar akhirnya boleh berhenti berlumba antara satu sama lain dalam msnghasilkan produk dengan kuasa yang luar biasa yang akhirnya akan menelan belanja serta merugikan pengeluar
Pengeluar kenderaan boleh memberikan tawaran produk yang lebih menarik seperti pecutan yang lebih baik, peralatan moden yang lebih selesa dan juga ciri kemewahan yang lain. Malah dengan menghadkan kelajuan, secara tidak langsung ia akan menjadikan Autobahn lebih selamat
Menghasilkan kereta yang boleh dipandu pad 250km/jam bukanlah isu besar pada hari ini, namun bagi menjadikan pemanduan lebih selamat pada 250km/jam adalah aspek utama walaupun kebanyakan pembeli akan memandu perlahan pada kebanyakan masa.
Namun pengeluar perlu memastikan komponen mekanikal boleh bertahan sewaktu dipandu laju dan boleh membrek dalam keadaan stabil dan selamat. Aspek seperti brek yang berkuasa, sistem suspensi yang mantap dan cesi yang stabil adalah sangat penting apabila kereta dipandu pada 250km/jam
Malah hypercar seperti Bugatti Veyron datang dengan sistem aerodinamik aktif yang sentiasa mengubah sudut spoiler pada halaju yang berbeza hanya untuk menjadikannya lebih stabil pada halaju tinggi. Namun seperti yang anda sedia maklum, Bugatti Veyron bukanlah kereta biasa tapi datang dengan harga yang mahal maka sistem aerodinamik aktif sangat sesuai untuk digunakan
Jadi jika pengeluar terpaksa menghasilkan cesi yang stabil, brek yang berkuasa, suspensi yang kuat, tayar yang berkualiti tingg dan sistem aerodinamik yang baik maka kereta tersebut sukar untuk dijual dengan murah. Melainkan kereta tersebut dipakejkan dalam pakej prestasi seperti AMG, M Series atau model RS yang digunakan oleh Audi
Jadi pembeli boleh membeli kereta yang direka khas untuk laju seperti BMW M dan membeli satu lagi pakej seperti M Drive yang membolehkan ia dipandu melebihi 250km/jam. Contohnya BMW M5 Touring yang datang dengan spoiler tambahan bagi memastikan kereta ini lebih stabil pada halaju tinggi
Jadi model lain seperti Audi RS6 Avant GT, dan Jaguar XE SV Project 8 membenarkan pemandu memandu melebihi 250km/jam dengan selamat namun akan datang dengan harga yang jauh lebih mahal, komponen yang lebih tahan lasak dan aspek keselamatan yang lebih baik