Motosikal

KYMCO AK550 NAIK TARAF KEPADA AK575 BAGI 2025 – 51HP, 55NM

Sebagai peminat skuter maxi, kami sentiasa fokus pada beberapa model skuter maxi premium yang dijual di pasaran global. Antara skuter maxi yang kami beri tumpuan adalah Kymco AK550 yang turut dipasarkan di Malaysia oleh Modenas selaku pengedar rasmi jenama Kymco disini. 

Selepas berpeluang menguji AK550 tahun ini, kami berasakan skuter perdana dari Taiwan itu sememangnya layak membawa nama ‘premium’ ekoran menawarkan pelbagai ciri berteknologi tinggi bagi segmen yang cukup sengit dengan pesaing lebih popular antaranya Yamaha TMax 560. 

Bagaimanapun, bagi memberi saingan yang lebih hebat pada 2025, Kymco telah menaik taraf AK550 dengan versi AK575. Berdasarkan nama tersebut, Kymco telah menyuntik enjin yang lebih besar, dua silinder 574.2cc DOHC berbanding 550cc sebelum ini. 

Menurut Kymco, kuasa kekal pada 51hp namun tork kini lebih tinggi dengan 55Nm berbanding 52Nm sebelum ini. 

Sementara itu, ciri lain masih lagi dikekalkan termasuk penghadang angin boleh laras (elektrik), grip pemanas, tempat duduk luas berketinggian 790mm dengan sokongan belakang boleh laras, cruise control dan sistem tanpa kunci (keyless). 

Ciri lain termasuk ruang bawah tempat duduk yang luas, fork terbalik 41mm, cornering ABS turut dikekalkan. 

Dari sudut reka bentuk, Kymco AK575 mengekalkan reka bentuk sama seperti versi AK550. 

GALERI: KYMCO AK575 2025

Google ads
"
"
Back to top button