Artikel Pilihan

KENAPA KAPAL PERANG MODEN HANYA ADA 1 MERIAM SAHAJA? KECIL PULAK TUE…

Jika anda perhatikan dalam filem perang seperti Greyhound yang menunjukkan situasi bagaimana sebuah kapal perang kelas Fletcher yang perlu melindungi konvoi yang mengandungi 37 kapal dagang dalam perjalanan ke United Kingdom ketika perang dunia kedua meletus.

Pada permulaan perang, United Kingdom telah dikenakan sekatan ekonomi oleh Nazi Jerman bagi menghalang bantuan dan bahan mentah masuk ke kepulauan tersebut dengan cara memusnahkan kapal dagang oleh kapal selam uboat.

Jika anda menonton filem Greyhound, kapal perang kelas Fletcher yang dipimpin oleh Komander Ernie Krause. Kapal perang kelas Fletcher adalah kapal destroyer iaitu kapal perang bergerak pantas, lincah dan boleh beroperasi dalam tempoh lama bagi melindungi konvoi daripada semua ancaman musuh di permukaan, dalam laut dan juga di udara.

Di dalam filem Greyhound, anda boleh lihat USS Keeling menggunakan sehingga 5 meriam yang bersaiz 127mm Mk 30 dan pada masa USS Keeling dihasilkan ia termaktub di bawah perjanjian keamanan selepas perang dunia pertama tamat.

Jika kapal lama boleh memuatkan 5 meriam pada zaman dulu, kenapa kapal perang zaman moden hanya dipasang dengan satu meriam sahaja? Lebih banyak meriam kan lebih bagus?

Jawapannya adalah mudah, kapal perang zaman moden kini dilengkapkan dengan pelbagai misil yang boleh menembak sasaran dari jarak jauh. Sebagai contoh KD Laksamana Hang Nadim yang dimiliki oleh TLDM dipasang dengan meriam Oto Melara 76mm dan juga Bofors 40mm.

Bagi menguatkan lagi persenjataan, KD Laksamana Hang Nadim turut dipasang dengan peluru berpandu anti pesawat Aspide dan juga peluru berpandu anti kapal Otomat. Contoh yang lain ialah KD Jebat yang dipasang dengan meriam Bofors 57mm dan anti pesawat 30mm

Tetapi bagi menangani ancaman jarak jauh yang lebih bahaya, ia dikuatkan dengan misil anti pesawat Seawolf SHORAD, dan misil antikapal Exocet. Berbanding dengan misil, meriam besar adalah kurang tepat dan kurang efektif bagi memusnahkan sasaran besar dengan cepat

Bagi sasaran yang lebih kecil, meriam adalah lebih sesuai disebabkan kos operasi yang lebih rendah, boleh menembak peluru dalam kuantiti yang tinggi dalam masa seminit dan boleh membawa bekalan peluru yang banyak dalam satu masa. Lagi pun tak semua sasaran memerlukan misil untuk memusnahkannya.

Google ads
Back to top button