
KENAPA PESAWAT F-22 AKAN TAMAT PERKHIDMATAN DAN DIGANTI DENGAN F-35?
F-22 Raptor merupakan pesawat enjin berkembar, mampu terbang dalam apa jua keadaan cuaca dengan keupayaan yang tinggi untuk tidak dikesan oleh radar. Ia dibangunkan menerusi program Advanced Tactical Fighter yang merangkumi tugas serangan permukaan, serangan sistem elektronik dan pengumpulan maklumat
Pesawat ini dibina dengan kerjasama 2 kontraktor, Lockheed Martin dan Boeing. Kerangka utama dan sistem persenjataan dibina oleh Lockheed Martin manakala sayap, sistem avionics dan fiuslaj dibina oleh Boeing. Buat masa ini F-22 adalah pesawat termaju dan bagi menjaga rahsia, ia tidak pernah dijual pada mana-mana negara
Mengikut pelan asal, USAF bercadang untuk menempah sehingga 750 buah pesawat, dikurangkan menjadi 381, dikurangkan sekali lagi menjadi 187 disebabkan kos yang tinggi, masa pembangunan yang lama dan akhirnya F-35 dibangunkan sebagai alternatif kepada F-22.
Dari segi prestasi, F-22 boleh terbang pada 1.5 kelajuan bunyi tanpa menggunakan afterburner, boleh mendaki pada kelajuan yang tinggi, lebih laju daripada F-35, sukar untuk dikesan oleh radar dan merupakan sebuah pesawat yang direka untuk mendominasi ruang udara.
Tetapi semua faktor di atas tidak memberi kelebihan kepada F-22 kerana USAF bercadang untuk menghentikan operas F-22 dan menggantikannya dengan F-35 Lightning. Daripada 187 pesawat yang diperolehi oleh USAF, hanya 140 unit sahaja masih lagi beroperasi.
Keadaan ini menyebabkan kos operasi F-22 antara termahal yang digunakan oleh F-22 iaitu sekitar RM 404,000/jam, menjadikan F-22 menggunakan bajet yang banyak dalam bajet pertahanan USA. F-22 juga merupakan sebuah pesawat lama, dibangunkan 27 tahun lepas dengan penerbangan pertama dibuat pada tahun 1997.
Bagi memodenkan F-22, USAF memerlukan bajet sekitar 11 billion USD untuk menaiktaraf sistem avionik, memasang sistem pertempuran baru dan sistem bidikan laser terkini. Masalahnya sistem ini bukan dari jenis “plug&play” dengan mengemaskini perisian dan perkakasan.
Semua F-22 memerlukan pemasangan sistem superkomputer yang baru untuk dipasang pada kerangka pesawat. F-22 juga terbang dengan lebih laju menimbulkan satu lagi masalah pada rekaan pesawat, iaitu cat khas yang digunakan pada pesawat yang bertindak menyerap kesan radar akan tertanggal.
Cat ini perlu disembur kembali pada pesawat mengikut satu sela masa servis dan jika tidak dibuat F-22 akan mudah dikesan oleh radar. Keadaan ini akan menyebabkan F-22 akan kehilangan dominasi ruang udara.
F-22 juga tidak boleh terbang dalam julat operasi yang jauh, sekitar 1100km radius dari pengkalannya ataupun 600 batu nautika. Berbeza dengan pesawat F-35, ia mampu terbang sehingga 1400km radius ataupun 760 batu nautica sebelum perlu melakukan pengisian semula bahan api.
Keadaan ini menyebabkan USAF bercadang untuk menghentikan tugas F-22 dan digantikan dengan F-35. Cadangan awal USAF ialah menghentikan operasi 32 unit F-22 bagi menjimatkan bajet pertahanan sebanyak 2 billion USD, namun ditentang oleh House of Bill yang mahu F-22 terus beroperasi


