Buletin

TESLA PERKENALKAN PROGRAM FAEDAH RENDAH – RM60/HARI UNTUK MODEL Y

Tesla Cybertruck telah menjadi fenomena besar di seluruh Malaysia sejak pameran awam pertamanya pada bulan Mei.

Maka dengan itu, destinasi seterusnya untuk pameran trak elektrik futuristik Tesla ini adalah di Queensbay Mall, Pulau Pinang dan pengunjung pusat beli-belah berpeluang melihat lebih dekat Cybertruck serta Model 3 dan Model Y dari 2 hingga 14 Julai 2024.

Melihat keperluan yang semakin meningkat untuk kenderaan paling laris di Malaysia iaitu Model Y, Tesla telah melancarkan program kadar faedah rendah bagi stok tersedia Model Y dari sekarang hingga 30 September 2024.

Melalui program kadar faedah rendah ini, pelanggan boleh memiliki Model Y dengan bayaran ansuran harian serendah RM 60/hari dengan tempoh 84 bulan melalui pembiayaan pilihan Tesla – Public Bank serta Maybank.

Tawaran ini hanya sah untuk stok tersedia Model Y Rear Wheel Drive, Long Range dan Performance.

Untuk makluman, pelanggan mesti melengkapkan pembelian dan mengambil penghantaran sebelum 30 September 2024 bagi menikmati tawaran ini.

Selain insentif kadar faedah rendah, tawaran eksklusif juga tersedia untuk stok tersedia Model Y Performance selagi stok masih ada.

Pelanggan boleh memilih untuk menerima kredit Supercharging percuma sejauh 10,000km atau mendapatkan pilihan warna luaran atau dalaman secara percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari tesla.com/event/tesla-modely-inventory dan ikuti media sosial Tesla: X @tesla_malaysia dan Instagram @teslamotorsmys untuk kemas kini terkini.

Google ads
Back to top button