Artikel Pilihan

KENAPA TESLA BATALKAN RANCANGAN GIGAFACTORY DI ASIA TENGGARA?

Berikutan tular berita berkenaan pembatalan rancangan Tesla untuk membina kilang pemasangan ataupun Gigafactory di Thailand, untuk berlaku adil kita harus memahami tindakan yang diambil oleh Tesla. Seperti yang kita sedia maklum, Tesla merupakan entiti perniagaan yang menumpukan perhatian kepada keuntungan

Berikut ialah coretan yang ditulis oleh Abe Nazz Zain yang intipatinya sama dengan apa difikirkan oleh penulis. Bagi penulis, ia adalah pandangan yang tuntas, wajar dan adil dalam dunia perniagaan automotif.

ON TESLA GIGAFACTORY

••••••••••••••••••••••••••

Batal. Semalam kecoh sat dengan berita dari negara gajah putih pasal Tesla batalkan rancangan nak bina kilang di ASEAN.

Awas, Panjang❗️

MITI kata belum batal di Malaysia. Katanya lah. Jadi, apa kata hari ni kita cuba fahami kenapa boleh jadi camni.

#PelanMasElonTerbantut

Elon merancang nak ada berbelas gigafactory di seluruh dunia, asalnya. Terbaru beliau dah umumkan gigafactory di Leon Mexico.

Tapi dia sejuk beku dulu pembinaan kilang tu sebab Donald Trump dah kata kalau dia menang pilihanraya November ni, dia akan kenakan tariff (cukai) kow-kow walaupun kereta tu dibina di Mexico.

You see, Mexico ni jiran selatan USA je. Banyak pengilang otomotif USA tutup kilang di USA dan bina kilang baru di Mexico sebab lagi murah kos tenaga buruhnya.

Jadi Mas Elon kata dia nak tunggu keputusan pilihanraya dululah. Sebab tu Musk kata dia sanggup derma banyak duit kat Trump. Jadi Musk tengah semak kepala tu. Takdak masa dia nak pikiaq pasal kilang di Thailand ka, Malaysia ka, atau Indo.

#MuskBanyakBuangPekerja

Tahun lepas Musk banyak buang pekerja. Antaranya sebab mereka tak nak balik ke kilang. Mereka nak work from home. Mana adil kata Musk. Pekerja kilang yang pasang kereta hari-hari masuk kilang pasang kereta.

Hang pulak nak lepak main game kat rumah, layan Netflix sambil-sambil berlakon buat kerja. Hang ingat hang consultant unit amanah full time ka? Gitulah agaknya leteran Musk. 😂

Jadi banyak yang melawan arahan dia untuk masuk balik ke kantor. Apa lagi, Musk pun pancunglah mereka. Zasss, potong kapara!!!

Antara yang dia pancung ialah mereka yang ditugaskan untuk berbincang dengan kerajaan Thailand untuk buka Gigafactory. Sebab itulah Musk kensel. Antaranyalah.

#ModelTeslaMembosankanDah

Selain Cybertruck, model Tesla dah nampak lapuk sangat. Tara sting lagi. Model S tu dah berbelas tahun. Macam Proton zaman dia bela Proton Saga kotak. Setakat facelift buat Saga Iswara, Saga LMST, boring!

Model X pula ada banyak masalah dengan pintu falcon wing dia. Pun dah lama dah model tu. Tesla ni macam Proton je sekarang. Asyik facelift je kerjanya. Model baru bila nak keluar pun tak tahu.

Sebab memang Tesla tak kisah pasal design luaran. Dia fokus pada bahagian software.

Tapi pesaing sengit Tesla, BYD kini mampu buat development kereta baru setiap 18 bulan!! Laju tu! Biasanya orang buat kereta paling cepat pun 48 bulan! Tapi Tesla? Damn slow. Havoc je lebih.

#PersainganDariPembuatChina

China kini mendominasi dunia BEV. Kat China sahaja, 6.7 juta kereta EV terjual tahun lepas. Tapi kat China ada 150 syarikat kereta seluruh dunia bersaing untuk market yang besar tu.

China pula banyak ambil designers dan stylists ternama dari Eropah. Tu yang cantik sangat kereta-kereta China sekarang. Jadi bila dibandingkan dengan Tesla, mengantuk betul tengok design Tesla.

#JualanTeslaMenurun

Jadi akibat persaingan dan orang yang jadi guinea pig kereta EV dah tak seramai dulu di US, Tesla pun ada masalah sales di tanah airnya sendiri. Jadi Tesla ada overcapacity dari segi production.

Dia ada kilang di California, Texas, Berlin, dan Shanghai. Kereta dibina lagi banyak yang boleh dijual. So it does not make sense untuk mereka buka kilang di ASEAN for now.

Lagi pun Elon berjaya pancing banyak pemimpin kerajaan di ASEAN untuk bagi special treatment. Takde cukai sangat untuk masuk jual. So kenapa nak ada kilang local assembly when you can import it from China? Tapi ada time limit rasanya.

Nampak tak game Mas Elon? You’ve been gamed!

#TeslaBukanLagiPremiumBrand

Dulu orang respek Tesla. Harga dia mahal. Orang kaya dan gung ho je pakai Tesla. Sekarang Tesla bersepah satu dunia. Model ada 5 tu je.

Dan Tesla terperangkap dalam price cutting wars. Kejap Tesla turunkan harga, kejap naik. Maka banyak pembeli di USA marah sebab harga Tesla banyak yang turun mendadak dari segi susut nilai.

Sekarang Tesla nak lancar model kecil pulak. Dah hilang ke premium nan Tesla. Kata Malaysia pun banyak kereta Tesla. Orang tak respek mana sangat orang pakai Tesla ni.

Dulu bolehlah Abang Tesla mengaku dia kaya. Sekarang ni orang yang biasa pakai Honda Accord pun mampu beli Tesla. Apa barang Tesla? 😂

Porsche Taycan lah. Itu baru premium BEV!

#TeladanKisahIni

Dunia otomotif ni payah. Bukan senang nak survive. Nak develop model baru lagi. Nak jaga kualiti lagi. Nak expand bisnes lagi. Nak kekal bertenaga lagi. Nak jaga brand lagi.

Bukan senang. Dulu Tesla power sebab dia je yang ke depan. Sekarang Proton pun nak keluar kereta SUV sendiri. Toyota pun akan catch up juga nanti.

Ekonomi dunia pun macam belum clear path di mata Elon Musk. Kalau Abe jadi Musk, Abe pun kensel plan nak bukak kilang kat ASEAN.

Tapi maybe later bila semua isu ni selesai dan Tesla dah pulih dari tragedi buang ramai pekerja mahir tu, mungkin Tesla akan kembali. So gitulah cerita dia. Jadi, pada semua Tesla Boys, jangan marah ya. Abe tahulah korang taksub.

Sehingga ke coretan berikutnya, Happy Motoring❗️

Abe Nazz Zain merupakan lulusan General Motor Institute (Kettering University) dalam kejuruteraan otomotif dengan pengkhususan dalam rekabentuk enjin di Michigan Amerika. Beliau pernah berkhidmat sebagai jurutera enjin di Proton Powertrain R&D selama 6 tahun.

Sebelum menumpukan sepenuh perhatian sebagai pengurus dana melalui Top Group Agency Public Mutual, beliau pernah bertugas sebagai jurutera servis offshore di selama 5 tahun diikuti sebagai Pengurus Jualan di Roxar Flow Management

Google ads
Back to top button