Artikel Pilihan

KENAPA TRANSMISI CVT TIDAK DIGUNAKAN PADA ENJIN TURBODIESEL SECARA MELUAS?

Secara asas, CVT merupakan transmisi yang bergantung pada takal yang berbentuk kon dengan kuasa dipindahkan melalui tali sawat (disebut sebagai CVT belt) yang dihasilkan daripada aloi ataupun rantai (chain). Input daripada satu takal akan dipindahkan kepada takal kedua yang disambungkan kepada drivetrain dan roda.

Dengan takal yang berbentuk kon, takal ini boleh berubah diameter daripada besar kepda kecil (secara tidak langsung mengubah ratio antara 2 takal) secara bebas. Apabila kuasa diperlukan, CVT akan mengubah ratio agar kekal pada RPM yang sesuai dengan enjin bagi mengekstrak kuasa enjin secara efekif.

Walaupun banyak kelebihan transmisi CVT, namun kelemahan utama CVT ialah batasan kuasa yang boleh dikawal oleh CVT disebabkan rekaan CVT belt dan CVT pulley tadi yang bersambung atau antara satu sama lain secara geseran antara CVT Belt dan CVT pulley (dikenali sebagai Contact Patch). Sekiranya kuasa enjin terlalu besar, kuasa yang terhasil akan mengebabkan CVT belt dan CVT pulley tergelincir (slip)

Jika dibandingkan dengan sistem gear tradisional yang menggunakan gigi seperti gear manual ataupun automatik biasa, sistem gear tradisional boleh menangani kuasa enjin yang besar tanpa masalah disebabkan “contact patch” antara gigi gear adalah jauh lebih baik

Jadi adalah biasa untuk kita melihat enjin turbodiesel yang menghasilkan tork yang sangat kuat menggunakan transmisi manual ataupun transmisi automatik biasa lengkap dengan torque converter. CVT pula bergantung pada geseran yang terhasil antara CVT pulley dan CVT Belt bagi menghantar kuasa enjin pada roda kereta

Jika kuasa yang dijana oleh enjin terlalu besar, maka masalah CVT Slip akan berlaku terutama dengan enjin yang menjana tork yang tinggi. Bagi enjin diesel, untuk menambah kecekapan enjin ia akan digandingkan dengan sistem turbo

Gabungan turbo dan enjin diesel tadi akan menjana tork yang sangat tinggi, yang tidak mampu ditangani oleh CVT. Tambahan pula tork ini datang pada RPM yang lebih rendah, sekitar 1500-2000 RPM sahaja enjin turbodiesel sudah menjana tork yang maksimum

Sebagai contoh Toyota Hilux 2.4 Turbodiesel menjana 400Nm tork pada 1600 RPM, Nissan Navara 2.5 menjana 450Nm pada 2000 RPM, dan Mazda CX-8 2.2 Turbodiesel menjana 450Nm pada 2000 RPM menunjukkan angka tork yang sangat tinggi pada RPM yang rendah

Namun masih ada beberapa kereta yang dihasilkan oleh pengeluar menggabungkan enjin turbodiesel dengan CVT dan boleh beraksi dengan cemerlang. Tapi ia merupakan enjin yang kecil sahaja dan menjana tork yang jauh lebih rendah berbanding dengan tork yang dijana oleh trak pikap

Sebagai contoh Honda Amaze yang dijual untuk pasaran India menggunakan enjin 1500cc 4 silinder turbodiesel. Enjin ini menjana 79 kuasa kuda dan hanya 160Nm tork sahaja sebelum semua kuasa dihantar ke roda depan menerusi transmisi CVT. Ya dalam kes ini, tork yang dijana adalah kecil sahaja dan masih boleh digunakan oleh sistem CVT

Google ads
Back to top button