
ROYAL ENFIELD BUKA PUSAT 3S BAHARU DI PULAU PINANG
Royal Enfield, sebuah jenama di bawah Didi Group, melancarkan pusat 3S Royal Enfield di Pulau Pinang baru-baru ini.
Terletak di 1681 G1, Jalan Perusahaan, 13600 Perai, Pulau Pinang, ia merupakan pusat 3S kedua di Malaysia, dan pusat 3S yang ke-152 di Asia Tenggara.
Pusat 3S baharu itu bakal menawarkan barisan model serta aksesori dari pelbagai segmen Royal Enfield untuk pelanggan di kawasan Utara terutamanya Penang, Kedah dan Perak.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah mencapai pertumbuhan 500 peratus pendaftaran motosikal Royal Enfield pada 2022.
“Kami juga ingin mengumumkan bahawa kami akan melancarkan model baharu iaitu Hunter 350 pada 9 Mac 2023 dan Super Meteor 650 pada Julai 2023.” Kata pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo.
Selain itu, pusat 3S baharu juga dilengkapi dengan tawaran pembaikan dan servis yang akan dikendalikan oleh mekanik terlatih.
Pusat 3S Royal Enfield akan beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang dan sebarang maklumat lanjut mengenai pusat 3S baharu, anda boleh layari laman web Royal Enfield Malaysia.
- BACA: ROYAL ENFIELD JUAL 82,097 UNIT MOTOSIKAL PADA SEPT 2020. NAIK 145% DI PERINGKAT GLOBAL
- BACA: ROYAL ENFIELD LANCAR SCRAM 411 DI MALAYSIA. 3 VARIAN, 23.4HP, BERMULA RM26.9K
- BACA: ROYAL ENFIELD METEOR 350 2023 TERIMA WARNA BAHARU
- BACA: BELI ROYAL ENFIELD DI DREAMSHOP. PELAN PEMBIAYAAN 0% SEHINGGA 36 BULAN