
PELUMBA PETRONAS YAMAHA SRT KECEWA MOTOGP QATAR DIBATALKAN
Pasukan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Fabio Quartararo and Franco Morbidelli akan meneruskan sesi ujian pra musim berikutan perlumbaan pembuka MotoGP Qatar dibatalkan. Wabak Covid-19 yang semakin merebak memaksa tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut ketua pasukan, Datuk Razlan Razali, pelumba memang kecewa dengan insiden ini. Namun mereka masih bersemangat untuk mencatat keputusan positif sepanjang musim ini.
Mereka memerlukan aura ini bagi menghadapi perlumbaan di Grand Prix di Amerika Syarikat bulan depan.

Menurut Razlan, peluang ini bakal digunakan pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT untuk terus berlatih dan bersedia bagi musim seterusnya. Malah kedua-dua pelumba Franco dan Fabio dikatakan lebih bersemangat dan komited untuk berlumba.
Fabio memberitahu dia akan memberikan sokongan padu kepada pelumba Moto2 dan Moto3 pasukan Petronas Sprinta Racing Team yang meneruskan perlumbaan mereka.
Franco pulameluahkan rasa simpati buat peminat yang terpaksa menunggu musim perlumbaan seterusnya.
Dia berjanji akan bekerja keras dan memberi sepenuh tumpuan terhadap perlumbaan pertamanya.
- BACA: COVID-19: MOTOGP QATAR HUJUNG MINGGU INI DIBATALKAN
- BACA: PEROMPAK ANGEL NIETO DI SEPANG MOTOGP DIBERKAS. KOMPONEN BERNILAI RM75K DITEMUI SEMULA
- BACA: ALEX MARQUEZ TERJATUH PADA SESI UJIAN PERTAMA MOTOGP. MENGAKU BUAT KESILAPAN ‘ROOKIE’
- BACA: JENTERA HONDA RC213V DIBINA HANYA UNTUK MARQUEZ? INI JAWAPAN BOS REPSOL HONDA MOTOGP