
KENDERAAN PLAT ‘P3’ TIDAK MILIKI TUNGGAKAN 397 SAMAN – PDRM
Tular sebuah video di aplikasi TikTok mengenai sebuah kereta SUV bernombor pendaftaran ‘P 3’ yang didakwa mempunyai 397 saman.
Netizen mempertikaikan bagaimana kereta mempunyai nilai saman didakwa sebanyak RM118,700 boleh memperbaharui roadtax serta tidak dikenakan sebarang tindakan.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan membuat semakan saman PDRM ke atas nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

“JSPT telah menjalankan siasatan termasuk membuat semakan saman PDRM ke atas nombor pendaftaran kenderaan tersebut dan mendapati tiada sebarang tunggakan saman seperti yang dinyatakan,” memetik kenyataan Polis Diraja Malaysia di Facebook.
JSPT turut menegaskan agar orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan.
“Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian Atau Perkhidmatan Rangkaian.” – Facebook Polis Diraja Malaysia
- BACA: PEMANDU HONDA CIVIC KEMALANGAN DI GENTING HIGHLANDS ADA 11 SAMAN PANDU LAJU
- BACA: GERAM DISAMAN, SEORANG PELAJAR TULIS SURAT RASMI KEPADA PIHAK BERKUASA GUNA CHATGPT
- BACA: JPJ PULAU PINANG SAMAN BENGKEL POTONG BREK MOTOSIKAL NAK BAGI LAJU KETIKA MEREMPIT
- BACA: PEMANDU PORSCHE 911 CARRERA DISYAKI MABUK REMPUH 3 KERETA. LESEN TAMAT TEMPOH, ADA 31 SAMAN TERTUNGGAK






