Buletin

KEPADA YANG TAK DAPAT MYVI SEBELUM CNY, PERODUA MOHON MAAF

Perodua hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang memohon maaf kepada para pelanggan yang mungkin tidak dapat beraya dengan Myvi baharu mereka pada sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Dalam tempoh 7 jam kenyataan tersebut dipaparkan di laman Facebook rasmi Perodua, ia menerima 336 Likes, 40 komen dan telah dikongsi sebanyak 86 kali.

“Kami mengucapkan terima kasih kerana menjadikan Perodua Myvi serba baharu sebagai kenderaan pilihan anda. Kami menghargai kesabaran anda dalam menunggu untuk menerima kenderaan daripada pihak kami.

“Kami sedang berusaha keras untuk memastikan masa menunggu anda seminimum mungkin. Sekali lagi kami memohon maaf kerana telah membuatkan anda menunggu,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Zahari Husin.

Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang memuji Perodua kerana mengutamakan kualiti kereta sebelum ia diserahkan kepada pembeli.

myvi 2017

“Penah kene dulu masa beli viva first edition. Tapi kita x boleh push sgt sbb diorang pun ada QC nak kene comply. Buat kereta bukan mcm goreng telur..sabar2,” kata Emmyr Fizz.

Perodua Myvi serba baharu dilancarkan secara rasmi pada 16 November lalu. Model kompak tersebut mendapat sambutan yang cukup hangat dengan lebih 20,000 unit ditempah dalam masa sebulan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,500 unit telah diserahkan kepada pelanggan (setakat laporan pada 8 Disember 2017).

Google ads
Back to top button